Container Icon

Hari yang memenatkan....



Hari ni aku sangat penat.kelas bermula pukul 8 pagi sampailah ke pukul 10 malam.(waaaa...penat giler).aku rasa macam otak dan otot2 aku semua macam dah tak boleh bergerak dah coz penat sangat.aku rasa macam nak baring tidur je tapi bila fikir banyak sangat assigment teknologi pendidikan yang belum buat,aku tahan.aku cuba sedaya upaya bertahan coz nak siapkan apa yang dapat aku siapkan sebelum aku mula bercuti balik kampung,raya.penatnya...bestnya kalau dapat tidur ni....huhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan Di Mines.....





Hari sabtu hari tu aku pergi Mines.bukan aku sorang tau.aku bawa konvoi ke sana,c.dah,dada and yanti.sebelum naik bas u,aku,c.dah and dada sibuk bergambar tapi gambar2 tu semua macam xleh pakai semuanya kecuali yang aku mbik (betul ke???perasaan je tu.hehehe).kitorang naik mines cruise dari jeti ke mfs.boleh je nak jalan kaki pergi ke mines tu tapi semperna meraikan c.dah yang mai lepak2 kat u aku,naiklah 'teksi air' tu (macam lawak je bila panggil teksi air.hehehe).tapi yang sedihnya 'teksi air' tu dah naik harga,rm1.cayax??ni buktiny....







kecoh Mines tu dengan kehadiran ktorang.(even xde r kecoh sangat pun.hehehe...).c.dah macam teruja gler untuk shopping masa kat Mines tu.suke aku tengok.macam- macam ragam dia,sekejap angkat baju ni,lepas tu baju yang lain pulak.sekejap angkat seluar ni,lepas tu seluar lain pulak.dalam dilema yang amat.hehehe.cuba teka sape yang jadi penasihat dia...tentu r dada coz aku pulak jadi penasihat yanti untuk beli baju anak saudara dia( anak sedara ek bukan anak sendiri.hehehe)


lepas tu ktorang pergi food court pulak.buke pose da...:P.kat situ pun kecoh jugak.sebab aku and c.dah try menu lain.tak sedap langsung.memang tak kena langsung dengan selera aku.huhuhu.( lepas raya ni,aku takmo dia belanja aku claypot even dia awal2 lg dah cakap nak belanja aku claypot.takmooooooooooo....serik.huhuhu).







lepas makan sambung ag shopping.tapi bukan shopping sangat sebenarnya.just curi2 mbik gambar dengan teddy bear.aku,c.dah and dada r punya keje.yanti sibuk cari hadiah kat member dia.yanti cari hadiah,ktorg sibuk bergambar. ( best mbik gambr sorok2.hehehe....)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung minggu yang menceriakan...



2 minggu yang amat menceriakan aku.hehehe.hujung minggu lepas,habis je last paper test 2,aku dah celebrate like had done my final exam.hahaha.soknya..aku p s.alam,umah kinah.sana aku p sunway piramid.on da way nak p sunway piramid2,aku terjumpa adik angkat aku dulu dengan pakwe dia.kecilnya dunia.hehehe.sampai sana,aku p temankan kinah shopping (teman je.nak join,xmampu.hehehe@sengihnampakgigi )2 hari aku duk umah kinah.hari isnin baru balik u semula.hujung minggu ni pulak,cik dah mai u aku.ktorang lepak ramai - ramai kat bilik dada.kecoh bilik dada dengan suara cik dah.hehehe...aku pun 2 hari tak balik bilik.rasa macam aku duk kat kolej dua pulak.hahaha.



hari ni bufday tikah.SELAMAT ULANG TAHUN TIKAH.kami nak makan juga kek bufday tikah.hehehe:devilishgrin:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semuanya sudah berakhir....


Ini gambar hati( tapi betul ke gambar hati macam tu??tak kot sebab dulu masa cikgu aku ajar sains,bab organ manusia,tak da pulak cikgu tunjuk gambar hati macam tu.konfius aku.hahaha).nilah hati aku sekarang,kosong dan tenang selepas aku melepaskan semua yang terpendam selama ni.kini aku tak perlu lagi nak memikirkan perkara- perkara yang overboard.hehehe.....pedih gak r tapi ok r coz lepas tu aku rasa macam tenang and tak terbeban.dengan support dari kawan- kawan lagi,Insyaallah aku akan terus tabah.



citenya macam ni....aku dapat tahu yang budak yang aku tunggu selama hampir 5tahun tu dah ada awek.tipu r kalau aku kata tak frust,macam aku ni amat tabah r pulak.hehehe....frust jugak r tapi aku wat relax je,control cute+cun( hahaha...perasaan je tu).hati aku dah lama terdetik yang dia dah da awek tapi macam nak sedapkan hati r,kawan je tu.dan akhirnya terbukti dia dah da awek.( macamana aku tahu,biarlah rahsia.hihihi...).masa tu aku terfikir,why not aku buat 1 keputusan yang agak membuatkan segalanya berakhir dengan hepi ending even aku yang dapat sad ending(tak delah sad ending sangat pun,ala- ala peace ending kot.hehehe).nak dijadikan cite pulak,da sorang mamat ni,aku baik r dengan dia,alwayz share prob and kegembiraan dgn dia.aku rasa aku sayang kat dia macam lebih dari kawan tapi control r beb coz aku lebih sayangkan peersahabatan kitorang.aku takut r kan tetiba aku luah perasaan kat dia and then dia cabut lari.huhuhu...tu lagi haru tu.hehehe.tup-tup...masa aku da discussion dengan kawan aku,dia cakap kawan dia pun suke mamat tu(tapi betul ke kawan dia yang minat???).masa tu aku duk analisis keadaan kawan aku tu.kawan dia or dia yang minat kat mamat tu(untuk pengetahuan korang,budak tu kenal mamat tu).lepas aku dah analisis,ak pun dapat keputusannya.budak ni pemalu orangnya tapi aku pun pompuan yang juga tahu hati pompuan.masa tulah aku buat keputusan,aku akan undur diri dan lepaskan mamat tu kat member aku tu coz aku rasa dia lebih layak dan sempurna untuk mamat tu.member aku tu stok budak- budak alim,sesuai dengan mamat tu,stok alim juga.aku??(kalau aku pun dikira dalam stok alim,habis r semua orang dalam dunia ni dicop alim.hahaha).aku siap encourage ag member aku tu.macam- macam aku bagi tip macamana nak tackle mamat tu.baik tak aku???hahaha...(opps teriak pulak.hehehe).member- member aku yang kenal mamat tu hangin gak r masa aku cakap aku dah lepaskan mamat tu.bak kate cik dah,nak tunjuk baik tapi hati sendiri yang merana( persoalannya;merana ke???hikhikhik.ala rileks r beb,selagi aku da korang yang support aku,selagi tulah aku mampu bertahan dan tabahkan diri hadapi segala macam masalah yang datang.kerana bagi aku,member lebih penting dari pakwe kerana member adalah segalanya.~peace no war tapi tidak untuk budak laki kaka~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dan Akhirnya....



Setelah sekian lama menanti,akhirnya dapat juga aku menjenguk ke blog aku ni.sukenya....hehehe.lama giler aku tunggu.kerek punya wireless.rasa macam nak sepak je.nak buka website ni tak boleh,nak buka website tu tak boleh.baik tak payah bagi wireless.tapi tak pe...sabar tu separuh dari iman.hehehe.....



2,3 hari lepas aku sakit.huhuhu....tak terbangun aku dibuatnya.food poison+gastrik+demam.memang mantap gler r.kena serang sekali gus.memang longlai aku.huhuhu..dah sakit dalam 3 hari baru aku pergi jumpa Dr.Tu pun sebab dah tak tahan giler.tapi yang sakit hatinya,makin aku ikut arahan Dr,makin aku sakit.and makin teruk ada.yang bagusnya...aku tak tinggal pose pun.hehehe(cewah,riak nampak.tak baiklah).huhuhu...tapi syukurlah sekarang aku dah sihat and tengah enjoy dengan bulan puasa.hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~PERANG???~



kalau aku boleh makan diorang dah lama aku makan and telan hidup - hidup.dahlah 5 tahun seksa aku and then siap boleh deny lagi sekarang.peh!so sweet r ko isim.you like an angel when you said like that.hahaha.please r.kalau sekarang baru ko nak berubah coz ko da awek,2 ko punya pasal tapi ko takde hak nak deny segala yang ko dah lakukan kat aku.please r,semua yang berlaku tu tak semudah yang ko fikirkan untuk aku vanishkan from my mind.5 years.tempoh yang cukup lama untuk aku bertahan.aku rasa aku xkesah sangat kalau ko cakap tak ingat sangat kesah - kesah silam tu and masa tu bolehlah aku tolong ingatkan salah satu kesahnya yang ko duk atas meja and lepas tu sound aku,"weh2 babi lalu".tapi aku amat - amatlah kesah bila ko cakap,ko tak penah buat semua tu.so sweet beb.
so sweet bila ko cakap macam ni:

sham dungun: wes mung dgr sini
sham dungun: aku x mboh dgr rinrihan mung psal geng2 aku
sham dungun: kalu mung ade nk kabo mende AKU wak jahat ke mung buleh
sham dungun: hok laen aku x mboh ambik tahu
sham dungun: ade ke aku sndiri wak naye ke mung?
sham dungun: seingat aku la
sham dungun: dok pernoh
sham dungun: gini ah sng
sham dungun: aku rase mung ni mmg tgh panas
sham dungun: sapa mung saloh ingt sape wak naye ke mung mase skoloh dlu
sham dungun: aku x dok mase nk lyan mende ni
sham dungun: kalu mung rase aku btol2 ade wak saloh ke mung
sham dungun: aku nk kabo mung ngan jelas ni
sham dungun: aku dok pernoh wak naye ke mung
sham dungun: ce mung ingt molek ngan pale otok mung tu
sham dungun: sape hok wak naye ke mung btol2...
sham dungun: se agi
sham dungun: kalu mung rase diri mung ni kene kutuk sokmo
sham dungun: ce muhasabah diri sedalam2nyer
sham dungun: mesti ade sbb ngan hikmah die
sham dungun: byok lagi org hok lbey agi dugaan dari mung
sham dungun: tapi dok la sapa nk tuduh org sesuke hati.

macam berhemah gila life ko.kerek se.masa2 aku rasa ko dah macam lelaki idaman malayalh sebab sweet sangatkan.hohoho.memang merry Christmas r ko ni.

Dengan ini,aku telah mengistiharkan peperangan dengan mereka yang penah bergelar musuh aku semasa di sekolah dulu.dengan ini,secara rasminya perjanjian damai terbatal bermula pada malam ini.

p/s:Ya Allah,Engkau berikanlah kelembutan pada hatiku untuk memaafkan mereka semua.Aku sedar hanya Engkau yang layak untuk menghukum mereka tapi aku hanyalah insan biasa.Kau kuatkanlah hatiku ini seperti mana mampunya aku bertahan selama 5tahun diseksa dulu Ya Allah.Amin~.


terutamanya budak - budak lelaki kaka yang wat naye kat aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rumput dan kasih sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di
depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila
pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput
yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah
kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus
dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan
kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah
yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah
serugi-rugi manusia...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS