Container Icon

1st Payment...

SLIP BAYARAN


sape sangka,aku dulu hanyalah budak hingusan
namun kini mampu untuk membayar sesuatu yang bernilai
inilah bukti hasil titik peluh aku sebagai seorang guru..

tidakku percaya yang aku mempunyai sesuatu yang berharga atas usahaku sendiri.
congrates untuk diri aku sendiri...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah berjayakah aku??


sudah berjayakah aku melupakan dia seperti yang aku pernah cakapkan dulu?
separuh2 kot..
ntahlah nak cakap camne..

sebenarnya aku dah redha n pasrah dh
aku lepaskan dia dari hati aku ni
walaupun berat,tetap terpaksa aku lakukan
kerana aku pasti,di hatinye pasti langsung tiada aku.

aku peringatkan diri aku;
sekiranya ada jodoh antara aku dan dia,
maka akan bersatulah kami.

namun misi aku sekarang,
terima siapa sahaja yang dapat menerima aku seadanya
kerana inilah aku....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apabila yang haram dihalalkan,yang halal diharamkan...


lama aku simpan post ni
n sekarang tak tahu pulak nak cakap pe..

tapi apa yang aku tahu,
sekarang semakin banyak perkara yang haram telah dihalalkan n perkara yang halal diharamkan
tragiskn dunia sekarang..
tak tahulah nak cakap ape..

aku tertarik dengan perbualan pelajar aku pada minggu lepas
"cikgu,kalau tak sahur,tak boleh puasakan?"
betapa ceteknya ilmu agama pelajar aku ini..
maka jadilah aku ustaz pada hari itu untuk menjawab persoalan pelajar itu.
"antara perkara yang membezakan puasa Islam dengan puasa agama lain ialah sahur. sahur sebenarnya dapat membantu kamu memberi tenaga untuk keesokan harinye untuk berpuasa"

setiap kali aku masuk kelas, aku akan bercerita kepada para pelajar aku artikel yang aku baca sebelum tidur yang dapat memberi pengajaran dan pedoman dalam liku-liku kehidupan mereka...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku dalam dilema..





Aaggh...begitu jauh aku menungkan keadaan aku sekarang ini...
begitu tertekan aku dengan keadaan aku sekarang...
aku berharap agar aku dilepaskan untuk proses pertukaran ke semenanjung..
Ya Allah,permudahkanlah jalanku ini...
niat aku untuk bertukar ke semenanjung bukan kerana ingin lari dari sini tapi hati aku nan satu membulat untuk menyambung pelajaran...

Kini aku cuba untuk bertabah bagi menghalang hasrat ini dari terus membuak-buak..
bantulah hambaMu ini Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan.....


kejap-kejap...aku nak curi masa sekejap sebelum ke sekolah untuk menulis blog ni cz aku tak nak bawa laptop ke sekolah hari ni.

masuk hari ini sudah 2 hari semua umat Islam berpuasa,termasuklah aku sekali.
apa misi korang semua untuk puasa kali ini??
misi aku:
  •    khatam Al-Quran
  • memperbanyakkan ibadat
  • terawih n puasa penuh(susah ckit r yg ni)
  • menjadi insan yg lebih baek
  • menghargai Ramadhan kali ini lebih baek dari sebelum ni
semalam merupakan Ramadhan yang paling membahagiakan apabila aku lulus temuduga lantikan tetap spp
syukur..

GTG.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komunikasi....


Dah agak lama aku pendam tajuk ni..
bukan langsung tiada kesempatan untuk mengepost tapi kurang idea untuk mengolah mengenainya...

bagi aku komunikasi merupakan medium yang paling penting dalam menjalinkan perhubungan...
tidak kiralah bentuk hubungan yang macamana, sama ada persahabatan,percintaan dan apa2 ajelah jenis perhubungan pun its complicated ke its not complicated ke...ikutlah ye..

tanpa komunikasi juga kita tidak akan dapat mengenal hati budi seseorang...
aku dah banyak kali terjunam ke dalam krisis perhubungan implikasi daripada kurang komunikasi di antara satu sama lain.
mostly bila kekurangan berkomunikasi ni akan menyebabkan renggang dengan seseorang..
bila kita membiarkan masalah ini terus berpanjangan tanpa sebarang inisiatif untuk meleraikannya maka ia akan menjadi lebih rumit...bak kata status Facebook-its complicated..
kadang2 kita yang menyebabkan ia menjadi its complicated...
mungkin bila ingin menyelesaikan sesuatu perkara,di sinilah perlunya sikap berlapang dada.
bak kata ustaz aku dulu masa sekolah menengah: perlulah  kita berlapang dada dalam memperbaiki dan memperolehi perhubungan yang suci dan bersih..
fikir2kanlah yep!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS