Container Icon

\(@-@#)/


Malam ini kena bubuq awal,
Esok sekolah...
Kalau lambat, tak pasal-pasal kena sound dengan pengetua.

Kalau ikut agenda, esok tak bz dgn meetinglah tapi tak tawlah macam mana...
Just wait and see..
Kerja banyak menanti untuk diselesaikan.
Mudah-mudahan dapat menyelesaikan kerja-kerja yang penting esok..

Malam ini tengah fikir nak pakai baju mana esok..
Iron baju pun belum ni..
Maybe after sahur esoklah ek iron baju...
Harap-harap esok pagi,bangun,terus ada semangat dan kerajinan untuk bekerja.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghargai @>---,---


Manusia selalu akan menghargai seseorang apabila insan tersebut telah tiada di sisinya.
Di saat insan yang begitu menyayanginya masih di sisi,
manusia akan tidak akan menghiraukannya.

Begitulah sifat manusia yang sering kali akan merugikan mereka.
Ketika merasai kehilangan,
manusia umpama baru bangkit dari lena yang panjang.
baru tersedar dari mimpi yang indah.

Sesetengah insan yang telah terluka, mungkin mampu memaafkan dan memberikan peluang yang baharu.
Tetapi wujud juga insan yang mungkin tidak akan mampu menerimanya lagi.
Luka yang terlalu dalam akan sukar sembuhnya.
Kadang-kadang luka itu juga boleh menyebabkan seseorang itu serik untuk memulakan langkah dalam kehidupan mereka.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

( T_T )


Keputusan yang telah aku buat mungkin akan memberikan kekecewaan pada diriku
tapi aku pasrah kerana bagiku, ia adalah yang terbaik untuk diriku.

Kekecewaan ini sedikit sebanyak menjadikan aku lebih tabah dalam kehidupan.
Tulus aku ingin menyatakan bahwa aku masih sayang dirinya..
Tetapi bila memikirkan aku begitu tidak berharga buat dirinya,
menyebabkan aku nekad untuk mengundur diri.
bukan hanya daripada dirinya tetapi juga insan2 yang berkaitan dengannya.

Tiada guna untuk aku terus menyulam kasih pada dirinya andai aku tiada nilainya
Begitu pedih kelukaan yang aku alami, namun aku pasrah akan ketentuanNya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perjalanan kehidupanku.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS