Container Icon

Tahniah buat dirimu


Masuk bulan ni dah hampir 3 bulan aku cuba mengubati hatiku yang terluka..
Hampir 3 bulan aku block semua yang berkaitan dengan dia...
Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya tetapi aku tiada pilihan selain daripada terus kuat dan tabah..
Tetapi bila semakin hampir dengan tarikh penting dia,semakin ingatanku padanya semakin membuak buak..
Sudah hampir 3 bulan aku terluka dalam tawa...
Aku block dia and kawan baik dia bukan sebab aku membenci tetapi kerana aku memilih untuk mngubati luka ini...
Kalau boleh aku ingin memadam tarikh 12 julai dan 23 julai dari kalendar supaya aku tidak perlu merasai kesakitan ini..
Nampak seperti aku tidak menerima takdir sahajakan..
Tidak...aku sebenarnya sedang cuba untuk menerima takdir yang telah Allah tentukan untuk aku...but in my own way...
Aku tidak membenci tetapi aku mengelakkan hatiku terus terluka dan yang paling penting,aku mengelakkan label perampas yang pernah dilemparkan kepada ku suatu ketika dahulu menjadi kenyataan.
Itu bukan aku...
12 kali kecewa bukanlah seuatu perkara yang mudah...
Tetapi aku tidak perlu untuk meratapi seumpama dunia ini tiada penghujungnya...
Sesekali rasa itu datang menganggu menunjukkan aku perlu berusaha lebih kuat untuk menjadi lebih kuat..
#pray4me
#keepfaithtoAllah 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS