Container Icon

Mampukah aku


Ku bertanya pada diri ini,
Mungkinkah ada ruang untukku mencintai dan dicintai..
Mungkinkah ada ruang untukku mengecapi kebahagian dengan jodohku..
Mungkinkah..
Mungkinkah..
Mungkinkah..

Owh rupanya aku terlalu takut untuk melalui kelukaan yang telah aku lalui sebelum ini..
Owh rupanya aku mengunci hati ini serapat yang mampu..
Owh rupanya luka yang lalu meninggalkan parut yang terlalu dalam..

Aku bangkit untuk diriku dan mana mungkin aku akan membiarkan aku kembali tersungkur..
Aku menyayangi diriku lebih daripada aku sanggup menanggung kisah yang lalu berulang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku kalah..

Tidakku menyangka bahawa aku kalah pada malam ini..Aku tewas pada perasaan sendiri..Aku menangis dan meratapi kekosongan di hatiku..Bukan aku tidak menyedari kekurangan yang nan satu ini..namun tiada apa yang dapat aku lakukan..Kehidupanku hanya ada aku dan diriku sendiri..Betapa kosong nya kehidupanku..Saban hari aku mempamerkan kegembiraan palsu bagi mengaburi mata insan-insan yang sedang berbahagia di sekelilingku..Sedangkan hatiku meraung kesunyian di setiap detik waktu yang berputar..Malam ini aku tewas...Aku menghemburkan tangisan akan kesunyianku ini supaya tatkala esok menjelma, aku kembali tersenyum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS