Aku ingat aku kuat menahan caci-maki,hinaan orang laen.
Almaklumlah 5tahun hidup dalam penghinaan kaum lelaki kerana paras rupa yang tak cantik.
Tapi rupa-rupanya aku silap.
Aku masih lagi goyah,lemah.
Hanya dengan mesej daripada seseorang membuatkan aku kembali berada dalam emosi 8tahun lepas.
Mungkin aku kuat menerima cacian insan lain,insan yang tidak aku kenali
Tetapi aku kalah bila hinaan itu aku terima dari insan yang aku kenal.
Sakit??
SANGAT,AMAT!
Hati aku pedih.
Sukar untuk bernafas.
Terngiang-ngiang kata-kata yang membuat hatiku terluka.
Benarlah kata pujangga,
Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang.
Kerana sebuah persahabatan 2 orang teman,
Aku mengambil langkah,biarlah aku mengalah.
Mengundur diri.
Kerana aku tahu, mereka pasti akan memerlukan antara satu sama lain sementelah pula,aku jauh di sini.
Aku akan cuba mengubati luka di hati ini.
Luka di tangan nampak bila sembuhnya namun luka di hati siapa akan tahu.
Teman,
Tidak aku ingin meletakkan dirimu di antara 2 persimpangan suatu hari nanti.
Kerana aku tahu dirimu perlukan insan di sisi.
Di antara aku dan si dia, aku dengan rela hati mengundurkan diri.
Agar dirimu tidak akan terus gundah kerana perkara yang terjadi.
Aku tinggalkan dirimu untuk si dia,
Dan aku tinggalkan si dia untuk dirimu.
Kerana 1 perkara yang aku jelas tentang kalian berdua,saling melengkapi.
Tentang diriku, usahlah kalian risaukan.
Aku jauh di sini, akan mampu merawat luka yang tak terlihat ini walaupun sukar.
Ketiadaan kalian berdua di hadapan mataku sedikit sebanyak mengurangkan rasa pedih ini kerana aku tahu bahawa aku tidak akan mampu membuat keputusan ini sekiranya kalian berada di lensa mataku.
Gembirakah aku??
Usah disoal tentang perasaan itu sekarang ini kerana aku terpaksa melakukan 2 perkara yang memang tidak ingin aku lakukan dalam hidupku.
Sakit?Pedih?Kecewa?
Yup tapi berbaloi untuk harga sebuah persahabatan dan kegembiraan teman-temanku.
Rasa kasih dan sayang yang ada dalam hati aku ini tidak akan pernah pudar.
Akan aku panjatkan kepada Ilahi agar kalian sentiasa dirahmati dan diredhai.
~lirik ini khas untuk diriku~
p/s: patut pun selera dah tak da,temper uncontrollable.tapi tak pe cz ramai ckp aku dah kembali kurus ('~' ) skenye...
Tak adalah....sebab gambar ini saje yang mampu mencuit tangkai hati aku untuk terus berceloteh tentang impian aku.
Agak-agak banyak tak impian aku??
Sesungguhnya impian aku terlalu banyak hingga kadang-kadang impian yang tak masuk akal pun ada.
Salah satu impian aku adalah nak ada tanah kebun sendiri yang hasilnya nanti mampu aku pasarkan ke luar negara.
Wah bukan main besar lagi impian aku yang ni.
Aku jugak tanam impian sejak dari kecik[2 pun lepas tengok cite cina] untuk menjadi seorang penulis.
Aku ingatkan impian aku yang ini sudah lama terkubur tapi rupa2nya tidak.
2,3 hari ini hati aku macam terlalu membuak-buak untuk memenuhi impian nan 1 ini.
Bukan berniat untuk mencari populariti tapi hanya untuk merasa bagaimana rasanya menjadi seorang penulis.
Maklumlah selama ni asyik beli n baca novel yang orang lain hasilkan aje.
Terbit jugak tunas dihati thats 1 fine day, aku akan menghasilkan novelku sendiri.
Waooo...gempak beb.
Banyak lagi sebenarnya impian aku telah oleh kerana aku malas nak taip, tak bolehlah aku nak paparkan dekat cni[ see,macammanalah aku nak menghasilkan novel sendiri ni??asyik malas je kerjanya]
Impian tu penting sebenarnya kerana dengan impianlah kita dapat menetapkan haluan perjalanan kehidupan kita nanti.
Aku try jugak intai kot2 ada spiderman tengah landing ke...
hampagas je...
Stop!Stop!Stop!!
Ntah apa2 je aku mula mengarut ni.
Merapu meraban je kerjanya..
Entri aku yang ini aku nak cakap pasal bunga dan kumbang.
Teringat aku dengan pepatah; bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Masalahnya sekarang lagi banyak bunga dari kumbang.
Bungbang pun banyak jugak.
Kacukan..
Inilah tanda-tanda akhir zamankan.
Aku terpanggil untuk membuat entri ini kerana ada seorang hamba Allah yang tidak jemu-jemu menghambat aku kerana 'seekor kumbang'.
Penat sebenarnya berbicara dengan orang yang tidak pernah nak faham akan bicaraku.
Mungkin bahasaku belum cukup berpuitis untuk dia mengerti.
Buat si dia itu yang suka menghambat diriku...
Aku menerima kehadirannya dalam hidupku ini tanpaku duga.
Antara diriku dan dirinya tidak pernah ada yang istimewa kerana dia telah menetapkan aku adalah temannya buat selama-lamanya.
Dia masih menanti bidadarinya turun ke bumi suatu hari nanti.
Sesungguhnya aku terima dan pasrahkan hati walaupun agak kuciwa.
Aku tidak pernah meminta untuk berkenalan dengannya.
Tetapi Allah telah menetapkan bahawa dalam perjalanan kehidupanku terselit namanya.
Ketahuilah suatu perkara,
Aku tidak pernah mengiktiraf bahawa aku sempurna untuk berdamping dengannya.
Sesungguhnya tidak perlu untuk engkau menganggu kehidupan wahai teman kerana aku tidak memegang hatinya untuk diriku.
Aku tidak mencengkam perasaannya untuk sanubariku.
Segala yang ada pada dirinya adalah miliknya.
Aku tidak akan mampu untuk memaksa dia untuk menyukai sesiapa jua, termasuklah diriku.
Tiada apa yang dapat aku lakukan selain menyayangi dan menghargai hubungan yang telah terjalin ini walau apa jua nama perhubungan yang telah termeterai.
Jangan salahkan setiap insan yang hadir dalam hidupnya sebaliknya belajarlah menerima hakikat.
Terima dengan hati yang pasrah dan redha bahawa antara dirimu dan dirinya tidak jodoh.
Tetapi percayalah wahai teman bahawasanya sekiranya telah Allah telah tetapkan jodohmu dengan dirinya, walau seluruh dunia ini menentang, walau setiap detik ujian mendatang, walau berjuta-juta perempuan secantik bidadari syurga menghampir, si dia tetap menjadi milikmu.
Jadi mintalah pertolongan daripadaNya.
Bukan dengan menganggu kaum sejenismu yang berdamping dengannya..
“Ya ke doktor? Alhamdullilah…syukur Ya Allah di atas rahmat dan
rezeki yang telah engkau berikan ini”
Begitulah perasaan seorang bakal ibu tatkala dirinya
disahkan mengandung. Betapa gembiranya dengan kehadiran insan baru yang akan
membesar di dalam perutnya.
Pada saat berlakunya persenyawaan di antara sperma dan ovum
sehinggalah 9 bulan 10 hari kita berada bersama ibu kita…
Berkongsi segala-galanya..makanan,minuman,udara,darah,rasa
tetapi yang menanggung lebih daripada segala kesusahan adalah seorang ibu kerana
perlu membawa perut yang menyimpan insan yang bakal menyerikan kehidupannya
kelak. Namun itu semua bukanlah satu masalah kerana cintanya kepada anak yang
dikandungnya melebihi segala-galanya kecuali Penciptanya kerana daripada
Penciptanyalah dia memperolehi nikmat sekarang.
Ketika insan lain berseronok bergembira, si ibu bertarung
nyawa demi melahirkan insan baru dalam hidupnya. Berhempas pulas memastikan si
kecil keluar melihat bumi ciptaan Allah Yang Esa. Waaaa….tangisan itu telah
memberikan jawapan kepada penantian si ibu…”Oh, anakku dah selamat…syukur Ya
Allah…semoga dia menjadi hambaMu yang soleh/solehah”. Tangisan si kecil itu
telah menerbangkan segala kepenatan dan kesakitan yang telah dialami sebentar
tadi.
Si kecil dididik, dibelai, dimanja dan diberikan ajaran
secukupnya untuk menghadapi perjalanan kehidupan kelak. Mencukupkan apa yang
tidak cukup, menyediakan apa dikehendaki seiring dengan batas-batas yang perlu
dipatuhi. Tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tidak pernah abaikan. Berusaha dengan
segala cara yang ada demi kasih pada anak tercinta.
Kadang-kadang terpaksa menghadapi si suami yang cemburukan
lebihan kasih sayang dan layanan yang diberikan kepada anak tatkala anak-anak
pulang jauh dari perantauan. Tetapi si ibu cekal menghadapi segala cabaran dan
dugaan yang datang kerana si ibu tahu anak-anak adalah segala-galanya untuk
dirinya.
Untuk itu, wajarlah dalam Al-Quran ada menyebut tentang
seorang ibu lebih tinggi darjatnya daripada seorang bapa[ surah Luqman 31:14]. Ketahuilah
wahai anak-anak sekali, murka si ibu adalah murka Tuhanmu. Redha Allah adalah
dari redha seorang ibu. Begitulah tinggi darjat seorang insan yang bergelar
ibu.
Lantas, di manakah rasionalnya seorang anak bermasam muka,
merajuk dan menafikan kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu? Wajarkah seorang
anak terus menerus membisukan diri sebagai tanda protes dengan nasihat yang
dihulurkan oleh seorang ibu yang memikirkan hanyalah kebaikan semata-mata untuk
anaknya?
Di saat si ibu masih lagi bernafas di muka bumi Tuhan ini, dapatlah
kita memohon keampunan daripadanya tetapi cuba bayangkan di suatu saat Allah
telah mencabut nyawanya tanpa sempat si anak memohon kemaafan. Malang tidak
berbau, ajal tidak akan pernah telat walaupun sesaat untuk berkunjung tiba
sekiranya ia telah ditetapkan saat itu. Tiada bau syurga untukmu apatah lagi
memasuki syurga. Ketahuilah wahai insan yang bergelar anak setitik air mata ibu
jatuh kerana silapmu, maka terhapuslah keberkatan, ketenangan dan kegembiraan
dalam kehidupanmu.
Pohonlah keampunan kepada si ibu wahai anak. Silap siapa
jua, ditolak ke tepi kerana sebagai anak, tidak layak kita untuk berkecil hati,
merajuk dan memprotes kerana si ibu terlebih dahulu makan hati ketika
membesarkan kita.
Tiada ibu yang mahu anak-anaknya melalui kemusnahan dalam
hidup. Pasti ada terselit kesilapan yang si anak tidak sedari. Sebelum melakukan
sesuatu yang boleh melukakan hati tua insan yang bergelar ibu,
fikir-fikirkanlah segala penat jerih dan segala pengorbanan yang telah dilalui
olehnya sepanjang kita muncul ke dalam hidupnya.