
kalau aku boleh makan diorang dah lama aku makan and telan hidup - hidup.dahlah 5 tahun seksa aku and then siap boleh deny lagi sekarang.peh!so sweet r ko isim.you like an angel when you said like that.hahaha.please r.kalau sekarang baru ko nak berubah coz ko da awek,2 ko punya pasal tapi ko takde hak nak deny segala yang ko dah lakukan kat aku.please r,semua yang berlaku tu tak semudah yang ko fikirkan untuk aku vanishkan from my mind.5 years.tempoh yang cukup lama untuk aku bertahan.aku rasa aku xkesah sangat kalau ko cakap tak ingat sangat kesah - kesah silam tu and masa tu bolehlah aku tolong ingatkan salah satu kesahnya yang ko duk atas meja and lepas tu sound aku,"weh2 babi lalu".tapi aku amat - amatlah kesah bila ko cakap,ko tak penah buat semua tu.so sweet beb.
so sweet bila ko cakap macam ni:
sham dungun: wes mung dgr sini
sham dungun: aku x mboh dgr rinrihan mung psal geng2 aku
sham dungun: kalu mung ade nk kabo mende AKU wak jahat ke mung buleh
sham dungun: hok laen aku x mboh ambik tahu
sham dungun: ade ke aku sndiri wak naye ke mung?
sham dungun: seingat aku la
sham dungun: dok pernoh
sham dungun: gini ah sng
sham dungun: aku rase mung ni mmg tgh panas
sham dungun: sapa mung saloh ingt sape wak naye ke mung mase skoloh dlu
sham dungun: aku x dok mase nk lyan mende ni
sham dungun: kalu mung rase aku btol2 ade wak saloh ke mung
sham dungun: aku nk kabo mung ngan jelas ni
sham dungun: aku dok pernoh wak naye ke mung
sham dungun: ce mung ingt molek ngan pale otok mung tu
sham dungun: sape hok wak naye ke mung btol2...
sham dungun: se agi
sham dungun: kalu mung rase diri mung ni kene kutuk sokmo
sham dungun: ce muhasabah diri sedalam2nyer
sham dungun: mesti ade sbb ngan hikmah die
sham dungun: byok lagi org hok lbey agi dugaan dari mung
sham dungun: tapi dok la sapa nk tuduh org sesuke hati.
macam berhemah gila life ko.kerek se.masa2 aku rasa ko dah macam lelaki idaman malayalh sebab sweet sangatkan.hohoho.memang merry Christmas r ko ni.
Dengan ini,aku telah mengistiharkan peperangan dengan mereka yang penah bergelar musuh aku semasa di sekolah dulu.dengan ini,secara rasminya perjanjian damai terbatal bermula pada malam ini.
p/s:Ya Allah,Engkau berikanlah kelembutan pada hatiku untuk memaafkan mereka semua.Aku sedar hanya Engkau yang layak untuk menghukum mereka tapi aku hanyalah insan biasa.Kau kuatkanlah hatiku ini seperti mana mampunya aku bertahan selama 5tahun diseksa dulu Ya Allah.Amin~. 
terutamanya budak - budak lelaki kaka yang wat naye kat aku..
~PERANG???~
rumput dan kasih sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di
depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila
pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput
yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah
kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus
dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan
kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah
yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah
serugi-rugi manusia...






