Container Icon

perkhabaran....

wah cam agak lama jugak r aku xmenulis.this week aku cam sangat2 busy je.yeke....hehehe. tapi this week memang aku agak busy pun,busy dengan test 1 and busy setelkan assignment yang dah nak sampai due date tu.huhuhu....1 ag, aku xberape nak ada mood nak mengarang cerita. maybe sebab aku busy keje sekarang kot. idea aku cam dah habis masa fokus kat keje aku 2.lagi pun wireless uspot ni bukan cun sangat pun. lagi banyak buat sakit hati je.huhuhu...

tapikan....dalam busy - busy aku pun, aku sempat jugak p mines. teman yanti sebenarnya tapi bila dah naik ke floor computer tu, terus r xsedar diri.hahaha....alih - alih, aku beli 2 cd games.memang aku senyum sampai ke telinga r.

malam tadi pulak, abang aku datang. cam agak weird jugak r bila aku duk jauh - jauh, ada orang datang melawat aku. kalau cam kat sekolah dulu, xheranlah sangat.hehehe....
lepas tu, terus rasa nak suh abang aku selalu datang melawat aku. ntah apa - apalah aku nikan.hahaha....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SeBuaH PeNanTian....

memang benar kata pepatah,penantian itu adalah suatu penyeksaan dan lebih terseksa dan terluka sekiranya penantian yang dihamparkan dibalas dengan sebuah kesedihan. tapi itulah yang terjadi.ruang hati yang kosong ini ku simpan untuk dirinya. selama penantian ini,aku cuba membuka pintu ini untuk insan lain namun tiada siapa mampu bertakhta seperti mana dirinya. cukup pedih untuk menerima hakikat bahawa ruang kosong yang aku simpan untuk dirinya sejak aku mengenalinya dari sekolah rendah lagi tidak akan mungkin diisi olehnya. payah untuk aku menerima hakikat itu tapi kini aku terpaksa akur bahawa dia bukan dijadikan untuk menjadi teman hidupku.

aku tenang walaupun hati aku terluka kerana aku tahu antara cinta dan persahabatan, aku lebih rela memilih persahabatan. inilah yang aku lakukan setelah aku tahu kisah cinta dia dengan temannya. meskipun aku terluka,aku pasrah. aku tahu diriku tidak cukup sempurna untuk dirinya yang ternyata memiliki segala- galanya yang aku impikan sebagai teman hidupku. mungkin temannya itulah yang terbaik untuk dirinya.

apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa agar dirinya sentiasa bahagia disamping orang yang disayangi dan menyayanginya. di kala salam persahabatan dihulurkan, aku terus menerima namun untuk seketika aku perlu lari darinya agar aku tidak terus terbuai dengan perasaan aku yang dulu. ketika itulah aku nekad untuk tidak menghubunginya lagi sehingga aku benar- benar kuat dan tabah untuk menafikan bahawa aku telah membuang perasaanku kepadanya.

Maafkan aku teman kerana tidak mampu memenuhi permintaanmu supaya kita sentiasa berhubung dan supaya aku senantiasa ada disebelahmu dengan kasih sayang sebagai seorang teman kerana aku tahu yang aku tak akan mampu untuk memenuhi permintaanmu itu. permintaanmu itu terlalu berat untuk aku penuhi kerana jarak masaku menyimpan ruang dihati ini untuk dirimu terlalu lama. aku hanya mampu mengirimkan doa untukmu. aku terluka namun begitu aku tetap bangga mempunyai teman sepertimu. semoga kekuatan yang aku kumpul,akan dapat membantu aku untuk berhadapan dengan dirimu kelak. tapi yang aku pasti ruang dihati ini akan tetap aku tutup agar tidak akan ada lagi rasa yang wujud disitu. semoga engkaulah yang terakhir yang pernah bertakhta dihatiku. semoga pintu ini sentiasa tertutup untuk untuk selamanya kerana aku tahu sekiranya aku terluka untuk kali yang seterusnya,aku tak akan mampu untuk kembali bangkit seperti sekarang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS