Container Icon

It's complicated


Aku merasakan kehidupan terlalu complicated...
Wah macam skema je ayat aku...

Hidup aku sekarang aku rasa penuh dengan kepura-puraanlah...
Demi menjaga perhubungan dan hati insan2 yang aku sayang,aku telah meletakkan rasa hati sendiri di tepi..
Hati tak seiring dengan rasa dan otak...
Terluka pun aku cakap tak...sedih pun aku pura2 gembira...
Segala rasa negative yang aku rasa,aku abaikan sebabnya aku tak nak kejadian lepas berulang...
Aku telah menjadi seorang yang hipokrit...
Terlalu sukar untuk aku meneruskan tetapi demi mereka yang aku sayang...
Aku tetap bertahan sehingga ke titik usahaku yang terakhir...terakhir


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat Arjunaku....

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rintihan...


"I just wanna share this song to you..tpi apa kan daya..hahaha..xpa lah bu..even bkan first person who wish you..i still remember you..n even you r not here when i need you..i know, you r always in my heart..happy brthday ibu..sya syg ibu smmpai nfas trkahir..trima ksih bnyak atas smua yg dh dberi slama ni.."

Sengaja aku besarkan ayat yang telah membuatkan aku menitis air mata pada malam ini..
Ingatku hari ini tiada yang akan meretakkan hatiku sempena hari lahirku...
namun.....
rupa2nya aku silap...
retakku malam ini lebih hancus dari malam2 sebelumnya....

wahai mentari...cepatlah muncul
pagi muncul=semangat baru muncul
Allah...sungguh aku sedang terluka kini...
Sudah aku tiada daya menahan ia dari mengalir turun..

mentari.....muncullah...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa Hati


Aku cuba untuk berlapang dada sekarang ni dengan memberitahu pada diri sendiri
bahawa setiap kali munculnya hari baru,
pasti aku akan bangkit dengan semangat baru di mana
masalah yang lalu telah menjadi sejarah dan dibawa pergi oleh mimpi semalam...

Terasa diri ini terlalu kuat untuk kembali memulihkan hati yang retak..
tetapi hakikat yang perlu aku hadapi adalah....
aku masih terluka sebenarnya...
apa yang aku sedang cuba lakukan adalah teknik penafian...
di mana aku cuba untuk mengelakkan diriku di belenggu dengan stress akibat terasa hati...

Insyaallah lama kelamaan ia akan hilang sendiri rasa sakit itu...
cuma ia akan mengambil masa untuk sembuh
sebab ia mnggunakan teknik penyembuhan yang semulajadi yang mengambil masa sebenarnya...
tapi....
apa yang aku tidak suka apabila proses penafian ini membuatkan aku perlu menyingkirkan insan-insan di sekelilingku demi kesejahteraan dan kebaikan mereka...
demi mengelakkan mereka turut terluka sama sedangkan tiada kessalahan yang mereka lakukan....
aku hanya mampu berdoa dan berharap rasa hati ini cepat hilang kerana aku sendiri terseksa dengan keadaan aku ini....Insyaallah....Aamiin...Aamiin...Aamiin...gtg...Wassalam...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS