Container Icon

KarYA RiNDu...


dah lama aku tak berkarya. kalau dulu penuh kertas kajangku dengan coretan sajak-sajakku dan lukisan-lukisan bungaku. dah agak lama aku tinggalkan satu-satunya kemahiran seni aku itu. dah berkarat pun hati dan otak aku untuk mendalami dan menjiwai susunan dan gubahan sajakku tadi. macam pelik semacam je.tapi tak pe r asal aku dapat sampaikan apa yang terbuku dihati ini.

demi rasa rindu yang tak tertanggung, aku kembali berkarya meluahkan rasa rindu seorang kakak pada adiknya. betapa hebatnya rasa rindu itu sehingga mampu mengerakkan kembali jiwa seniku yang tak seberape ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

luahan rindu seorang kakak...

nana,
akak dah terlalu banyak kali kehilangan nana,
sejak yang pertama sewaktu disekolah dl,
akak berjaya capai nana semula kerana akak tahu masa tu akak masih dihati nana,
tapi sekarang semuanya tak sama lagi,
kali ini nana pergi lebih jauh dan teramat jauh dari akak sehingga akak sukar untuk kembali mengenggam tanganmu kembali.

nana,
pernahkah nana sedar yang kita tidak pernah ada kenangan nyata bersama,
akak manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan,
tahukah nana yang setiap masa rindu untukmu bertandang dihati ini.

nana,
sedarkah nana yang kita sudah jauh berbeza,
sedarkah nana yang kita sudah tidak seperti dulu lagi,
hidup kita jauh berbeza.

nana,
akak rindu nana yang dulu,
yang tak pernah leka dalam memberi perhatian pada diri ini,
bukan akak meminta keseluruhan perhatianmu,
hanya secebis agar diri ini tahu dan merasai bahawa diri ini masih diingati dan disayangi.

nana,
sedarkan nana yang kita terlalu jauh sekarang,
dalam satu jarak yang tak dapat diukur dengan mana- mana unit ukuran sekali pun,
mungkin dihati nana sudah tidak wujud diri ini,
tapi ketahuilah nana,
bahawa dari dulu,kini dan selama,insyaallah jika diizikan Allah, nana tetap dihati akak,
nana tetap akak sayangi melebihi adik sendiri,
nana,
mungkin nana rasa akak ni satu halangan pada nana untuk meneruskan kehidupan yang ceria,
lafazkanlah satu ungkapan, satu ayat untuk menoktahkan hubungan kita yang kian pudar ini agar akak mengerti dan faham akan keinginanmu,
agar akak tahu,diri ini sudah tidak diperlukan,
agar akak tahu,diri ini tiada lagi tempat dihatimu,
agar akak tahu bahawa diri ini sudah tiada nilai buat dirimu,
agar akak tahu dan sedar diri,
agar akak mampu membaiki kepincangan perjalanan kehidupan akak ini kerana terlalu merinduimu.
nana,
mungkin akak perlu menerima semua kata- kata teman akak yang akak telah kehilangan nana buat selama-lamanya,
mungkin akak perlu menerima cadangan teman-teman akak supaya melepaskanmu pergi,
tapi bagi akak itu jalan yang tak mungkin akak ambil jika tiada permintaan darimu.
nana,
akak redha dan pasrah dengan segala yang berlaku,
akak ikhlas dan tabah dalam mendengar segala keputusan darimu,
mungkin nana ada jalan terbaik untuk masalah ini,
nana,
andaikata diri ini diminta pergi,
akak terima walaupun dengan berat hati jika itu yang terbaik untuk dirimu,
hanya untuk dirimu adikku sayang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-30/12/08


The Bottom Line

There is a lot of diverse energy around you, and it could be hard for you to focus.

In Detail

There is a lot of divergent energy around you right now, and it could be hard for you to focus today. At work, making decisions that affect other people could be difficult and confusing, so it's best to hold off on those until another day (or ask someone else to do it for you). In your social life, you could loose concentration when a special someone is talking to you and miss out on an important revelation![setakat ni belum ada special someone pun,camne nak dapat semua tu.hehehe]Get used to asking for people to repeat things or explain things one more time.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TenTaNG wuDuK...

" AIR SEMBAHYANG "
> > > >
> > > >
> > > > 1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
> > > > Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
> > > > Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
> > > > benda-benda yang tak berfaedah.
> > > >
> > > >
> > > > 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
> > > > dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
> > > > kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
> > > > Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
> > > > berseri-seri.
> > > >
> > > > 3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
> > > > kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
> > > > ku ditangan kanan ku ini".
> > > > Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
> > > > hisabnya di tangan kanan .
> > > >
> > > > 4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
> > > > dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
> > > > hisab ku di tangan kiri ku ini".
> > > > Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
> > > > hisabnya di tangan kiri .
> > > >
> > > > 5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
> > > > dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
> > > > matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
> > > > Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
> > > > macam matahari sejengkal di atas kepala.
> > > >
> > > > 6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
> > > > dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
> > > > Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
> > > > mengumpat, memfitnah dll.
> > > >
> > > > 7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
> > > > dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
> > > > titian Siratul Mustaqqim".
> > > > Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
> > > > dengan pantas sekali.
> > > >
> > > > 8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
> > > > dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
> > > > masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
> > > > tempat maksiat"
> > > > Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
> > > > tangan Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

penghinaan yang cukup memeritkan...


kata orang penghinaan itu ibarat satu cabaran. yup!!! itulah prinsip yang aku terus pegang agar aku tidak terus melatah dengan segala penghinaan yang aku terima. namun mampukah aku terus bertahan apabila ahli keluargaku sendiri yang menghina diriku?? aku sedar bahawa diri ini tidak secantik dan sepandai dia yang cantik dan telah siap sedia mempunyai ijazah kejuruteraan sedangkan aku hanyalah becoming teacher. tak perlulah untuk dia terus mengingatkan diriku bahawa aku pernah gagal suatu ketika dulu walaupun aku tak pernah minta untuk aku gagal untuk subjek itu. aku sedar kegagalan itu adalah merupakan kesilapanku yang amat terang lagi bersuluh dan aku telah berjanji yang aku takkan sesekali mengulangi kesilapan itu.


sungguh perit hati aku menelan kata - kata yang telah dia hemburkan kepadaku yang jelas menunjukkan kebodohan aku yang tidak akan mampu mengatasi kepandaian dia. tidak pernah aku rasa terluka seperti yang aku rasai sekarang. cukup dalam dan parah luka ini. jika sebelum ini sepanjang kehidupan aku bergelar pelajar sekolah tidak pernah even sehari untuk hidup aku diberikan kelepasan daripada dikutuk dan dihina, aku tidak pernah kisah dan ambil port dengan semua itu even kadang - kadang semuanya agak melampau dan mampu menerbangkan segala kesabaran yang telah aku tanamkan dalam diri ini[ aku tak tahulah sekiranya kerja khianat yang diorang buat sehingga aku hampir lingkup ketika PMR masih dikategorikan sebagai perkara yang biasa coz bagi aku perkara itu cukup 'luar biasa'], namun ia takkan mampu menandingi luka yang aku perolehi ketika ini walaupun luka yang terjadi ini hanyalah berlaku dalam beberapa minit dan dengan hanya beberapa perkataan namun ia mampu menghancur dan meluluhkan kesemua ketabahan sekeping hati ini. ia mampu membunuh kesemua kegembiraan dan kebahagiaan yang telah aku perolehi sepanjang cuti ini bermula. ketenangan yang aku cari, kelukaan yang aku perolehi. sungguh aku terluka. apa yang mampu aku katakan untuk terus menguatkan semangat dan bertabah sebelum aku kembali ke alam aku sendiri, ke alam menyibukkan diri sendiri = permulaan semester baru ialah ini semua adalah ujian kecil dariNya sebagai ingatan kepadaku yang hampir lupa untuk terus bersamaNya ketika aku gembira. ternyata aku masih disayangiNya. syukur Ya Allah kerana Engkau tidak melupakan dan masih menyayangi hambaMu ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiada Siapa MeNDugA



tidak pernah terfikir dan terlintas difikiran ini nasibnya sebegitu rupa. puas difikir dan dicari dari mana ia datang dan ke manakah ia menghilang. setelah puas berfikir dan mencari, aku dan yang lain sudah hampir putus asa. namun siapa sangka perasaan inkuiri di dalam diri masing - masing lebih menebal sehingga mampu mengalahkan rasa putus asa yang hampir singgah ke dalam diri masing - masing. semua menaikkan semangat untuk terus mencuba. dari tempat yang kami jangka adanya ia, kami mengikut dan terus menyelongkor untuk mencari ia. ternyata dugaan kami kali ini tepat dan siapa sangka ia terselit di celah dan tempat yang tidak terjangkau oleh fikiran kami. dugaan kami tentang ia nyata benar sekali.



siapa menduga pemergiaannya cukup mengerikan even kami telah menduga dialah yang merupakan perkara yang kami fikir dan cari selama ini namun kami tak pernah sangka begini pengakhirannya hayat hidupnya. kami memberanikan diri mengangkat tubuhnya yang hancur dan terlerai satu persatu. terpisah segalanya. tragedi yang tak pernah kami sangka akan menghadapinya walaupun sudah jelas kami pernah menghadapinya tetapi tak ada seteruk dan setragis ini. kengeriannya makin bertimpa - timpa apabila tetiba kepalanya tergolek keluar dari ruang yang sempit itu. gamat seketika dengan jeritan yang menandakan bahawa kami semua terkejut dengan kehadiran kepala itu yang tiba - tiba muncul. ternyata kami terlupa memeriksa kelengkapan anggota badannya sebentar tadi sewaktu mengangkat dan mengalihkan ke tempat yang lebih wajar untuknya. seterusnya kami mengambil langkah membersihkan segala - gala yang ada supaya tempat itu kembali bersih setelah kami selesaikan segala urusan yang berkait dengannya. sememangnya 27 november 2008 mengukirkan sejarah yang baru untuk kami ingatkan dan seterusnya melakarkannya dalam hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masa cutiku...


aktiviti cuti sem...

13 nov..
- pukul 4.30pagi sampai kat umah.
- teman ma masak untuk jamuan hari tu,nasi ayam.
- petang tu still lagi belum rest coz p pasar minggu beli ayam
- on that time also beli watch baru kat ma( time tu nak baiki tali jam putus).

14 nov..
- p kenduri kesyukuran kat umah kawan ma.
- and seperti bese, orang kampung tengok aku macam tak pernah tengok orang(maklumlah orang jarang boleh nampak aku and kakak aku).
- aku siap kena soal siasat lagi kat kenduri tu( macam kena attack dengan FBI je. dah rasa macam tahanan ISA je.huhuhu...).

15 nov...
- p kenduri kawin kawan ma merangkap umah arwah cikgu aku(anak dia kawin).
- malu giler coz jumpa dengan almost all of my teacher at secondary school. siap cikgu aku nak tarik aku duk kat diorang- sembang- sembang tanya khabar and cerita.
- malu rrr coz semua cikgu tegur aku coz dah lama tak nampak. look like aku dah lupakan sekolah and diorang semua.nope...aku tak lupa diorang just tak de masa and kenderaan nak p sek. lagi pun sekolah tu dah tak macam dulu lagi.sekarang dah hancus.

16 nov..
- p bandar,jalan - jalan teman ma p klinik.
- p beli raket and shuttle nak isi masa terluang.
- beli puzzle macam bese everytime p bandar.hehehe...

17 nov..
- hari ni p bandar lagi.
- teman ma p ambil cek.
- hari ni aku beli gam je satu...nak mula cantum puzzle.hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS