Container Icon

Rekod duniaku...

mood: happy...
soalan: kenapa??
jawapan: sebab dapat parking kereta ikut bontot pada hari ini...
                berjaya berada dalam kotak parking dengan sopannya.
dah lama nak try,tapi tak yakin..
but today,keyakinan itu datang..
implikasiny: asyik tersenyum je since dapat park cam tu.



psssttt....psssttt...psssttt....da org ckp aku comey...hahaha...terharu...s
angat(sbut ikt nada aku plus dgn aksi tangan sekali)...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengang



Aku tengah panas hati...
la...la...la...la...
Aku tengah bengang..
Payah untuk aku menyembunyikan rasa sakit at ni...
inilah aku..
aku tak suka,aku tunjuk.
aku marah, aku pamer.
aku mengamuk, aku buat.
aku tidak suka menjadi seorang hipokrit.

kenapa aku sakit at??
sebabnya aku kena bambu pagi2 atas sebab yang memang aku tidak boleh mengawalnya.
aku telah cuba untuk buat yang terbaik.
aku tidak minta dipuji, dilambung ke awan, dihamparkan karpet merah,diumum seluruh dunia.
cukup dengan hanya memandang n dengan berterima kasih.
bukan dengan leteran yang tidak membina..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit..



Hari ini buat ke sekian kalinya aku perlu melangkah ke klinik.
ini kali ke dua aku ke klinik itu.
aku ke klinik bukan sebab aku seorang yang manja taw tapi sebab aku tak tahan sakit.
ngatkan habis dengan ambil ubat je,rupa-rupanya minggu depan perlu datan lagi.
datang ambil result makmal.
1st time dalam hidup ni...
macam sangat teruja
tapi dalam masa yang sama berdoa tiada apa2 penyakit yang serius.
and buat pertama kalinya dalam hidup aku,dapat ubat tapi tak boleh makan dulu selagi belum dapat result dari makmal...haru betul..
yang lagi best,aku tak selesema pn dapat ubat selesema.
ubat pening n panadol adalah berasingan...aku pulak yang pening.
terpaksalah aku bertahan dengan batuk ku ini coz MA cakap tak boleh makan selagi result tak kuar...
sedih tapi nak buat camne,ikut ajelah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

......Respect....


The Best Gifts One Can Give Are A Little Time, Love, Care and Respect.


You Should Put On The Best Version Of Yourself…



You Should Never Be Surprised When Someone Treats…
The Way You Treat Yourself Sets The Standard For….

Siapa jua diri kita,
Berapa tinggi jua pangkat kita,
Betapa kaya jua harta yang kita ada,
Sepandai mana pun diri kita,
Ia tidak akan mampu untuk membeli nilai sebuah respect yang kita dapat.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terasa...



manusia tidak akan pernah bersyukur akan nikmat yang Allah berikan..
sesungguhnya sahabat juga merupakan salah satu nikmat yang Allah berikan.
sudah banyak kali aku terasa hati dengan sahabatku tetapi aku tetap bertahan.
kerana aku tahu, ia adalah ujian dari Allah sebagai tanda Allah sayang pada aku.

tapi kali ini aku tetap terasa hati bukan kerana aku tidak bersyukur tetapi kerana aku adalah manusia biasa.
yang hatinya tetap akan terguris apabila dilukai.
kali ini aku mahu mengambil sikap seperti biasa;mendiamkan diri kerana itu adalah yang terbaik.
kalau hati yang sakit berbicara,buruk padahnya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Hati Meluahkan Rasa...






Hari ini soal jodohku dipersoalkan sekali lagi.
Tipu sekiranya aku mengatakan aku tidak tertekan dengan pertanyaan semua orang.
Namun apa yang mampu aku lakukan??
Kerana semua jawapan tiada di tanganku.

Perempuan mana tidak bimbang sekiranya bilangan usia semakin bertambah,namun pasangan hidup masih pun muncul tiba.
Aku hanya mampu tersenyum apabila ada manusia yang mengajukan persoalan itu.
Mungkin mereka semua tidak mengetahui bahawa aku telah pun mengadaikan soal jodohku kepada Yang Esa sebagai galang ganti untuk kesihatan ibu.
Bagi aku, ibuku lebih dari jodohku sendiri.

Allah amat menyayangiku.
Itu PASTI.
Tatkala aku berhajat untuk mempunyai saudara yang menetap di pusat bandar,
Allah telah memakbulkannya dengan memberikan pekerjaan kepada kakakku di sana.
Tatkala aku memanjatkan doa, agar memberikan kekuatan dan kesihatan yang baek kepada ke dua ibu bapaku serta keluargaku, Allah memakbulkannya.
Tamakkah aku sekiranya membuat 1 lagi permintaan kepadaNya??
1 pintaku, sekiranya sudah tiada jodoh buatku, hapuskanlah rasa untuk berpasangan di hatiku ini.
Ya Allah, cukupkan rasa hatiku ini dengan kasih sayangMu dan juga ibu bapaku.
Ya Allah, lahirkan rasa pasrah dan tabah di dalam hatiku ini demi mengelakkan aku terus tenggelam dengan rasa kecewa ini...Aamiin...


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(T_T) Kesedihan (T_T)



hari ini hati aku terluka.
berdarah,pedih sangat.
sampai hati mereka buat aku macam tu.
bukan mereka tidak nampak kesukaran aku di depan mata mereka.
tapi reaksinya adalah,mereka hanya memandang dan bergelak ketawa tanpa perlu menghulurkan bantuan.
sedangkan sekiranya mereka dalam situasi mereka,pasti aku akan menghulurkan bantuan.
bertanya pun tidak sepatah apatah lagi menolong.
aku ini umpama kuli sahaja bagi mereka agaknya.
sewaktu aku senang,mereka ada.
sewaktu mereka susah,aku ada.
sewaktu aku susah,mereka ada??
aku cuba tidur untuk mengurangkan rasa sakit di hati ini tapi bila buka mata, ia kembali terasa.
mungkin sekirannya mereka orang yang tidak rapat dengan aku,tidak aku terasa tapi ini sebaliknya.
sedihkan bila orang yang rapat dengan kita buat kita macam sampah.
kata orang,bila seseorang kehilangan barulah dia akan tahu menghargai.
aku bukan meminta untuk ditatang umpama minyak yang penuh pun.
aku selalu dilabelkan sebagai seorang yang jahat oleh orang di sekeliling aku dek kerana ketegasan aku.
apabila berlaku krisis dikalangan orang-orang disekeliling aku,pasti jari menunding kepada aku sebagai pesalahnya.
sedangkan pesalahnya terus diagung-agungkan sejajar dengan muka tidak bersalah mereka.
dan aku mengambil langkah untuk terus mendiamkan diri kerana ia langkah yang terbaik yang aku rasakan. 
itulah lumrah kehidupan aku di sini
aku hanya mampu berharap dan berdoa bahwa permohonan pertukaran aku diluluskan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

^^(@_@#)

Atas permintaan org2 di rumah,
even penat, aku tetap cuba menghasilkannya...
tadaaa....inilah hasilnya.
even,aku sendiri bukan pengemarnya...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KW1-Nexus blaze...




ikatan yang terbina di kalangan kami tidak akan dapat di beli dari mana-mana pasaraya/kedai.
terlalu banyak ilmu yang hendak diterokai bersama...
masa yang ada,telah digunakan semaksima mungkin..
dari 0 hingga infiniti...
semoga bertemu lagi.
KW1: Pengurusan dan Pentadbiran (10-13 Jun 2013, Parkcity Evely Hotel,Bintulu)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

art of natural

Gambar ni aku snap masa tengah tunggu housemate aku membuat pembayaran di kaunter..
bagi aku,gambar ini terlalu sempurna..
Ia mampu mengilhamkan pelbagai idea/cetusan minda dengan hanya merenungnya...
interpretasi yang berlainan setiap orang yang memandangnya...
so...apakah yang tercetus di kotak fikiran anda...
fikir-fikirkanlah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

\(@-@#)/


Malam ini kena bubuq awal,
Esok sekolah...
Kalau lambat, tak pasal-pasal kena sound dengan pengetua.

Kalau ikut agenda, esok tak bz dgn meetinglah tapi tak tawlah macam mana...
Just wait and see..
Kerja banyak menanti untuk diselesaikan.
Mudah-mudahan dapat menyelesaikan kerja-kerja yang penting esok..

Malam ini tengah fikir nak pakai baju mana esok..
Iron baju pun belum ni..
Maybe after sahur esoklah ek iron baju...
Harap-harap esok pagi,bangun,terus ada semangat dan kerajinan untuk bekerja.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghargai @>---,---


Manusia selalu akan menghargai seseorang apabila insan tersebut telah tiada di sisinya.
Di saat insan yang begitu menyayanginya masih di sisi,
manusia akan tidak akan menghiraukannya.

Begitulah sifat manusia yang sering kali akan merugikan mereka.
Ketika merasai kehilangan,
manusia umpama baru bangkit dari lena yang panjang.
baru tersedar dari mimpi yang indah.

Sesetengah insan yang telah terluka, mungkin mampu memaafkan dan memberikan peluang yang baharu.
Tetapi wujud juga insan yang mungkin tidak akan mampu menerimanya lagi.
Luka yang terlalu dalam akan sukar sembuhnya.
Kadang-kadang luka itu juga boleh menyebabkan seseorang itu serik untuk memulakan langkah dalam kehidupan mereka.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

( T_T )


Keputusan yang telah aku buat mungkin akan memberikan kekecewaan pada diriku
tapi aku pasrah kerana bagiku, ia adalah yang terbaik untuk diriku.

Kekecewaan ini sedikit sebanyak menjadikan aku lebih tabah dalam kehidupan.
Tulus aku ingin menyatakan bahwa aku masih sayang dirinya..
Tetapi bila memikirkan aku begitu tidak berharga buat dirinya,
menyebabkan aku nekad untuk mengundur diri.
bukan hanya daripada dirinya tetapi juga insan2 yang berkaitan dengannya.

Tiada guna untuk aku terus menyulam kasih pada dirinya andai aku tiada nilainya
Begitu pedih kelukaan yang aku alami, namun aku pasrah akan ketentuanNya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perjalanan kehidupanku.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS