Container Icon

Perang Penyediaan Kertas Soalan Bermula



Okay otak,segala masalah sila campak dalam tong sampah.
Orang dah tak nak layan ko, so jgn nk susahkn otak untuk fikir banyak-banyak.
Lagi pun memang ko pun yang salah.
Behave like jerk + rubbish.

Perang menyiapkan kertas soalan telah bermula.
Alarm telah pun ditetap.
Mulakan wahai empunya badan b4 engkau dihambat oleh S/U exam.
Sila curi masa ok.
Ingatkan diri bahawa engkau takkan dapat rehat selagi cuti sekolah tak sampai.

Segala jenis kursus menanti after balik dari KK Selasa t.
Bertahan wahai fizikal +mental selagi mampu.
Berjuang hingga ke titisan terakhir.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu seorang sahabat....

Tengah aku usha2 gambar tadi, aku jumpa 2 keping gambar ni



Tetiba rasa rindu kat 2 orang manusia ini.
Sahabat Istimewa..
unexplained in term of friendship.
Sahabat yang memahami diriku
[Opppss..cara cakap cam rame aje rakan-rakan lain jantina]

Awak berdua,kita bergaduh ke??
Boleh tak tanya soalan tu sedangkan aku yang cuba meletakkan jurang di antara kami bertiga?
Arrgghh...penatnya jadi manusia yang sentiasa menyusahkan dan membuatkan hati orang sakit.
Awak dan awak....kita nak minta maaf boleh?
kita dah cuba untuk membuat apa yang kita cakap sebelum ni,
Tapi tak berjaya.
Kita rasa hidup kita cam unfinished je.
Sakit lagi teruk bila kita cuba tunaikan apa yang kita war-warkan tu.
Tetap kita tak dapat buat walaupun kalian 2 tak di depan mata kita.
Maafkan kita....maafkan kita....maafkan kita...[menyanyi sambil petik gitar]

Sesungguhnya hati amat complicated.
Even empunya badan pun tak faham.
Waduh...waduh,gawat ni.

Ya Allah, bantulah hambaMu yang hina,lagi kerdil,yang lemah tidak bermaya ini.

p/s: buat pemilik gambar,sori upload gambar kalian tanpa izin...jangan marah..t kena jual...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Sesuai je kata2 ni untuk aku....
Nasihat untuk diri aku yang memang kaya dengan perangai yang tidak disenangi.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pathah Athati



simbolik je gambar aku letak ni[perasaan betul]
Aku ingat aku kuat menahan caci-maki,hinaan orang laen.
Almaklumlah 5tahun hidup dalam penghinaan kaum lelaki kerana paras rupa yang tak cantik.
Tapi rupa-rupanya aku silap.
Aku masih lagi goyah,lemah.
Hanya dengan mesej daripada seseorang membuatkan aku kembali berada dalam emosi 8tahun lepas.
Mungkin aku kuat menerima cacian insan lain,insan yang tidak aku kenali 
Tetapi aku kalah bila hinaan itu aku terima dari insan yang aku kenal.
Sakit??
SANGAT,AMAT!

Hati aku pedih.
Sukar untuk bernafas.
Terngiang-ngiang kata-kata yang membuat hatiku terluka.
Benarlah kata pujangga,
Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang.

Kerana sebuah persahabatan 2 orang teman,
Aku mengambil langkah,biarlah aku mengalah.
Mengundur diri.
Kerana aku tahu, mereka pasti akan memerlukan antara satu sama lain sementelah pula,aku jauh di sini.
Aku akan cuba mengubati luka di hati ini.
Luka di tangan nampak bila sembuhnya namun luka di hati siapa akan tahu.

Teman,
Tidak aku ingin meletakkan dirimu di antara 2 persimpangan suatu hari nanti.
Kerana aku tahu dirimu perlukan insan di sisi.
Di antara aku dan si dia, aku dengan rela hati mengundurkan diri.
Agar dirimu tidak akan terus gundah kerana perkara yang terjadi.
Aku tinggalkan dirimu untuk si dia,
Dan aku tinggalkan si dia untuk dirimu.
Kerana 1 perkara yang aku jelas tentang kalian berdua,saling melengkapi.
Tentang diriku, usahlah kalian risaukan.
Aku jauh di sini, akan mampu merawat luka yang tak terlihat ini walaupun sukar.
Ketiadaan kalian berdua di hadapan mataku sedikit sebanyak mengurangkan rasa pedih ini kerana aku tahu bahawa aku tidak akan mampu membuat keputusan ini sekiranya kalian berada di lensa mataku.

Gembirakah aku??
Usah disoal tentang perasaan itu sekarang ini kerana aku terpaksa melakukan 2 perkara yang memang tidak ingin aku lakukan dalam hidupku.
Sakit?Pedih?Kecewa?
Yup tapi berbaloi untuk harga sebuah persahabatan dan kegembiraan teman-temanku.
Rasa kasih dan sayang yang ada dalam hati aku ini tidak akan pernah pudar.
Akan aku panjatkan kepada Ilahi agar kalian sentiasa dirahmati dan diredhai.


~lirik ini khas untuk diriku~

p/s: patut pun selera dah tak da,temper uncontrollable.tapi tak pe cz ramai ckp aku dah kembali kurus ('~' ) skenye...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Impian...


Tetiba aku letak gambar yang dream2 kabur
Nape ek??
Sebab belum jelas apa impian ke??
Tak adalah....sebab gambar ini saje yang mampu mencuit tangkai hati aku untuk terus berceloteh tentang impian aku.

Agak-agak banyak tak impian aku??
Sesungguhnya impian aku terlalu banyak hingga kadang-kadang impian yang tak masuk akal pun ada.
Salah satu impian aku adalah nak ada tanah kebun sendiri yang hasilnya nanti mampu aku pasarkan ke luar negara.
Wah bukan main besar lagi impian aku yang ni.
Aku jugak tanam impian sejak dari kecik[2 pun lepas tengok cite cina] untuk menjadi seorang penulis.
Aku ingatkan impian aku yang ini sudah lama terkubur tapi rupa2nya tidak.
2,3 hari ini hati aku macam terlalu membuak-buak untuk memenuhi impian nan 1 ini.
Bukan berniat untuk mencari populariti tapi hanya untuk merasa bagaimana rasanya menjadi seorang penulis.
Maklumlah selama ni asyik beli n baca novel yang orang lain hasilkan aje.
Terbit jugak tunas dihati thats 1 fine day, aku akan menghasilkan novelku sendiri.
Waooo...gempak beb.

Banyak lagi sebenarnya impian aku telah oleh kerana aku malas nak taip,  tak bolehlah aku nak paparkan dekat cni[ see,macammanalah aku nak menghasilkan novel sendiri ni??asyik malas je kerjanya]

Impian tu penting sebenarnya kerana dengan impianlah kita dapat menetapkan haluan perjalanan kehidupan kita nanti.
Rasa-rasanya ada tak orang yang tiada impian?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Bunga Dan Si Kumbang..


Dah lama aku tidak berceloteh di sini.
Sampai ada sarang spider kat cni..
Aku try jugak intai kot2 ada spiderman tengah landing ke...
hampagas je...

Stop!Stop!Stop!!
Ntah apa2 je aku mula mengarut ni.
Merapu meraban je kerjanya..

Entri aku yang ini aku nak cakap pasal bunga dan kumbang.
Teringat aku dengan pepatah; bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Masalahnya sekarang lagi banyak bunga dari kumbang.
Bungbang pun banyak jugak.
Kacukan..
Inilah tanda-tanda akhir zamankan.

Aku terpanggil untuk membuat entri ini kerana ada seorang hamba Allah yang tidak jemu-jemu menghambat aku kerana 'seekor kumbang'.
Penat sebenarnya berbicara dengan orang yang tidak pernah nak faham akan bicaraku.
Mungkin bahasaku belum cukup berpuitis untuk dia mengerti.

Buat si dia itu yang suka menghambat diriku...
Aku menerima kehadirannya dalam hidupku ini tanpaku duga.
Antara diriku dan dirinya tidak pernah ada yang istimewa kerana dia telah menetapkan aku adalah temannya buat selama-lamanya.
Dia masih menanti bidadarinya turun ke bumi suatu hari nanti.
Sesungguhnya aku terima dan pasrahkan hati walaupun agak kuciwa.
Aku tidak pernah meminta untuk berkenalan dengannya.
Tetapi Allah telah menetapkan bahawa dalam perjalanan kehidupanku terselit namanya.
Ketahuilah suatu perkara, 
Aku tidak pernah mengiktiraf bahawa aku sempurna untuk berdamping dengannya.
Sesungguhnya tidak perlu untuk engkau menganggu kehidupan wahai teman kerana aku tidak memegang hatinya untuk diriku.
Aku tidak mencengkam perasaannya untuk  sanubariku.
Segala yang ada pada dirinya adalah miliknya.
Aku tidak akan mampu untuk memaksa dia untuk menyukai sesiapa jua, termasuklah diriku.

Tiada apa yang dapat aku lakukan selain menyayangi dan menghargai hubungan yang telah terjalin ini walau apa jua nama perhubungan yang telah termeterai.
Jangan salahkan setiap insan yang hadir dalam hidupnya sebaliknya belajarlah menerima hakikat.
Terima dengan hati yang pasrah dan redha bahawa antara dirimu dan dirinya tidak jodoh.
Tetapi percayalah wahai teman bahawasanya sekiranya telah Allah telah tetapkan jodohmu dengan dirinya, walau seluruh dunia ini menentang, walau setiap detik ujian mendatang, walau berjuta-juta perempuan secantik bidadari syurga menghampir, si dia tetap menjadi milikmu.
Jadi mintalah pertolongan daripadaNya.
Bukan dengan menganggu kaum sejenismu yang berdamping dengannya..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS