Container Icon

Cinta Di Atas Awan







Umpama hamparan kapas bertebaran..
Terlalu indah untuk diungkapkan
Bebas berterbangan di kayangan...
Mencambahkan lagi rasa kagum akan kuasa Yang Esa.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lukisan Alam





Di saat mentari menyembunyikan cahayanya,
Ketenangan dan kedamaian menyerap ke dalam jiwa,
Bersyukur akan nikmat yang tidak terhingga yang telah Allah berikan.
Syukur, Alhamdulillah..
Tiada insan yang mampu menandingi lukisan alamMu Ya Allah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wajarkah??

sewajar manakah seorang pelajar untuk mengatakan gurunya bodoh??
kalau gurunya bodoh, kenapa perlu dia datang ke sekolah untuk belajar dengan guru-gurunya yang bodoh??
sedarlah wahai pelajar...jika tanpa guru,siapalah kamu...
tak keterlaluan kalau aku pun nak cakap atas nama seorang guru,
yang aku tidak menghalalkan walaupun 1 titik peluh dan jerih yang telah aku lakukan dalam mendidik engkau.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersawang....

Salam..
Ya Allah,sudah bersawang amat rupanya blog aku ni...
ini entri aku yang pertama untuk tahun 2012.
kesibukan sebagai wanita berkerjaya telah membantutkan kelapanganku untuk berceloteh.

terlalu banyak pengalaman yang berharga yang aku telah terokai sepanjang tempoh 4 bulan ini.
pengalaman yang terbaru,kisah kasih yang kecundang di tengah jalan.
coretan kasih yang terlebih dahulu melabuhkan tirainya sebelum ia sempat melihat kilauan sinaran mentari di ufuk timur.
di mana silapnya??
mungkin si dia bukan jodohku...
itulah jawapan yang paling tepat yang aku rasakan.

bak kata ma aku,"mungkin ada insan yang lebih baik sedang menanti"
percayalah ibuku, anakmu ini seorang yang tabah.
kekecewaan tidak bermakna aku tidak mampu untuk terus penongkahan arus kehidupan ini.
kerana aku percaya, Allah pastinya telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya yang hina lagi dina ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS