Container Icon

KarYA RiNDu...


dah lama aku tak berkarya. kalau dulu penuh kertas kajangku dengan coretan sajak-sajakku dan lukisan-lukisan bungaku. dah agak lama aku tinggalkan satu-satunya kemahiran seni aku itu. dah berkarat pun hati dan otak aku untuk mendalami dan menjiwai susunan dan gubahan sajakku tadi. macam pelik semacam je.tapi tak pe r asal aku dapat sampaikan apa yang terbuku dihati ini.

demi rasa rindu yang tak tertanggung, aku kembali berkarya meluahkan rasa rindu seorang kakak pada adiknya. betapa hebatnya rasa rindu itu sehingga mampu mengerakkan kembali jiwa seniku yang tak seberape ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

luahan rindu seorang kakak...

nana,
akak dah terlalu banyak kali kehilangan nana,
sejak yang pertama sewaktu disekolah dl,
akak berjaya capai nana semula kerana akak tahu masa tu akak masih dihati nana,
tapi sekarang semuanya tak sama lagi,
kali ini nana pergi lebih jauh dan teramat jauh dari akak sehingga akak sukar untuk kembali mengenggam tanganmu kembali.

nana,
pernahkah nana sedar yang kita tidak pernah ada kenangan nyata bersama,
akak manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan,
tahukah nana yang setiap masa rindu untukmu bertandang dihati ini.

nana,
sedarkah nana yang kita sudah jauh berbeza,
sedarkah nana yang kita sudah tidak seperti dulu lagi,
hidup kita jauh berbeza.

nana,
akak rindu nana yang dulu,
yang tak pernah leka dalam memberi perhatian pada diri ini,
bukan akak meminta keseluruhan perhatianmu,
hanya secebis agar diri ini tahu dan merasai bahawa diri ini masih diingati dan disayangi.

nana,
sedarkan nana yang kita terlalu jauh sekarang,
dalam satu jarak yang tak dapat diukur dengan mana- mana unit ukuran sekali pun,
mungkin dihati nana sudah tidak wujud diri ini,
tapi ketahuilah nana,
bahawa dari dulu,kini dan selama,insyaallah jika diizikan Allah, nana tetap dihati akak,
nana tetap akak sayangi melebihi adik sendiri,
nana,
mungkin nana rasa akak ni satu halangan pada nana untuk meneruskan kehidupan yang ceria,
lafazkanlah satu ungkapan, satu ayat untuk menoktahkan hubungan kita yang kian pudar ini agar akak mengerti dan faham akan keinginanmu,
agar akak tahu,diri ini sudah tidak diperlukan,
agar akak tahu,diri ini tiada lagi tempat dihatimu,
agar akak tahu bahawa diri ini sudah tiada nilai buat dirimu,
agar akak tahu dan sedar diri,
agar akak mampu membaiki kepincangan perjalanan kehidupan akak ini kerana terlalu merinduimu.
nana,
mungkin akak perlu menerima semua kata- kata teman akak yang akak telah kehilangan nana buat selama-lamanya,
mungkin akak perlu menerima cadangan teman-teman akak supaya melepaskanmu pergi,
tapi bagi akak itu jalan yang tak mungkin akak ambil jika tiada permintaan darimu.
nana,
akak redha dan pasrah dengan segala yang berlaku,
akak ikhlas dan tabah dalam mendengar segala keputusan darimu,
mungkin nana ada jalan terbaik untuk masalah ini,
nana,
andaikata diri ini diminta pergi,
akak terima walaupun dengan berat hati jika itu yang terbaik untuk dirimu,
hanya untuk dirimu adikku sayang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-30/12/08


The Bottom Line

There is a lot of diverse energy around you, and it could be hard for you to focus.

In Detail

There is a lot of divergent energy around you right now, and it could be hard for you to focus today. At work, making decisions that affect other people could be difficult and confusing, so it's best to hold off on those until another day (or ask someone else to do it for you). In your social life, you could loose concentration when a special someone is talking to you and miss out on an important revelation![setakat ni belum ada special someone pun,camne nak dapat semua tu.hehehe]Get used to asking for people to repeat things or explain things one more time.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TenTaNG wuDuK...

" AIR SEMBAHYANG "
> > > >
> > > >
> > > > 1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
> > > > Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
> > > > Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
> > > > benda-benda yang tak berfaedah.
> > > >
> > > >
> > > > 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
> > > > dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
> > > > kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
> > > > Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
> > > > berseri-seri.
> > > >
> > > > 3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
> > > > kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
> > > > ku ditangan kanan ku ini".
> > > > Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
> > > > hisabnya di tangan kanan .
> > > >
> > > > 4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
> > > > dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
> > > > hisab ku di tangan kiri ku ini".
> > > > Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
> > > > hisabnya di tangan kiri .
> > > >
> > > > 5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
> > > > dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
> > > > matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
> > > > Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
> > > > macam matahari sejengkal di atas kepala.
> > > >
> > > > 6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
> > > > dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
> > > > Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
> > > > mengumpat, memfitnah dll.
> > > >
> > > > 7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
> > > > dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
> > > > titian Siratul Mustaqqim".
> > > > Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
> > > > dengan pantas sekali.
> > > >
> > > > 8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
> > > > dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
> > > > masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
> > > > tempat maksiat"
> > > > Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
> > > > tangan Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

penghinaan yang cukup memeritkan...


kata orang penghinaan itu ibarat satu cabaran. yup!!! itulah prinsip yang aku terus pegang agar aku tidak terus melatah dengan segala penghinaan yang aku terima. namun mampukah aku terus bertahan apabila ahli keluargaku sendiri yang menghina diriku?? aku sedar bahawa diri ini tidak secantik dan sepandai dia yang cantik dan telah siap sedia mempunyai ijazah kejuruteraan sedangkan aku hanyalah becoming teacher. tak perlulah untuk dia terus mengingatkan diriku bahawa aku pernah gagal suatu ketika dulu walaupun aku tak pernah minta untuk aku gagal untuk subjek itu. aku sedar kegagalan itu adalah merupakan kesilapanku yang amat terang lagi bersuluh dan aku telah berjanji yang aku takkan sesekali mengulangi kesilapan itu.


sungguh perit hati aku menelan kata - kata yang telah dia hemburkan kepadaku yang jelas menunjukkan kebodohan aku yang tidak akan mampu mengatasi kepandaian dia. tidak pernah aku rasa terluka seperti yang aku rasai sekarang. cukup dalam dan parah luka ini. jika sebelum ini sepanjang kehidupan aku bergelar pelajar sekolah tidak pernah even sehari untuk hidup aku diberikan kelepasan daripada dikutuk dan dihina, aku tidak pernah kisah dan ambil port dengan semua itu even kadang - kadang semuanya agak melampau dan mampu menerbangkan segala kesabaran yang telah aku tanamkan dalam diri ini[ aku tak tahulah sekiranya kerja khianat yang diorang buat sehingga aku hampir lingkup ketika PMR masih dikategorikan sebagai perkara yang biasa coz bagi aku perkara itu cukup 'luar biasa'], namun ia takkan mampu menandingi luka yang aku perolehi ketika ini walaupun luka yang terjadi ini hanyalah berlaku dalam beberapa minit dan dengan hanya beberapa perkataan namun ia mampu menghancur dan meluluhkan kesemua ketabahan sekeping hati ini. ia mampu membunuh kesemua kegembiraan dan kebahagiaan yang telah aku perolehi sepanjang cuti ini bermula. ketenangan yang aku cari, kelukaan yang aku perolehi. sungguh aku terluka. apa yang mampu aku katakan untuk terus menguatkan semangat dan bertabah sebelum aku kembali ke alam aku sendiri, ke alam menyibukkan diri sendiri = permulaan semester baru ialah ini semua adalah ujian kecil dariNya sebagai ingatan kepadaku yang hampir lupa untuk terus bersamaNya ketika aku gembira. ternyata aku masih disayangiNya. syukur Ya Allah kerana Engkau tidak melupakan dan masih menyayangi hambaMu ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiada Siapa MeNDugA



tidak pernah terfikir dan terlintas difikiran ini nasibnya sebegitu rupa. puas difikir dan dicari dari mana ia datang dan ke manakah ia menghilang. setelah puas berfikir dan mencari, aku dan yang lain sudah hampir putus asa. namun siapa sangka perasaan inkuiri di dalam diri masing - masing lebih menebal sehingga mampu mengalahkan rasa putus asa yang hampir singgah ke dalam diri masing - masing. semua menaikkan semangat untuk terus mencuba. dari tempat yang kami jangka adanya ia, kami mengikut dan terus menyelongkor untuk mencari ia. ternyata dugaan kami kali ini tepat dan siapa sangka ia terselit di celah dan tempat yang tidak terjangkau oleh fikiran kami. dugaan kami tentang ia nyata benar sekali.



siapa menduga pemergiaannya cukup mengerikan even kami telah menduga dialah yang merupakan perkara yang kami fikir dan cari selama ini namun kami tak pernah sangka begini pengakhirannya hayat hidupnya. kami memberanikan diri mengangkat tubuhnya yang hancur dan terlerai satu persatu. terpisah segalanya. tragedi yang tak pernah kami sangka akan menghadapinya walaupun sudah jelas kami pernah menghadapinya tetapi tak ada seteruk dan setragis ini. kengeriannya makin bertimpa - timpa apabila tetiba kepalanya tergolek keluar dari ruang yang sempit itu. gamat seketika dengan jeritan yang menandakan bahawa kami semua terkejut dengan kehadiran kepala itu yang tiba - tiba muncul. ternyata kami terlupa memeriksa kelengkapan anggota badannya sebentar tadi sewaktu mengangkat dan mengalihkan ke tempat yang lebih wajar untuknya. seterusnya kami mengambil langkah membersihkan segala - gala yang ada supaya tempat itu kembali bersih setelah kami selesaikan segala urusan yang berkait dengannya. sememangnya 27 november 2008 mengukirkan sejarah yang baru untuk kami ingatkan dan seterusnya melakarkannya dalam hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masa cutiku...


aktiviti cuti sem...

13 nov..
- pukul 4.30pagi sampai kat umah.
- teman ma masak untuk jamuan hari tu,nasi ayam.
- petang tu still lagi belum rest coz p pasar minggu beli ayam
- on that time also beli watch baru kat ma( time tu nak baiki tali jam putus).

14 nov..
- p kenduri kesyukuran kat umah kawan ma.
- and seperti bese, orang kampung tengok aku macam tak pernah tengok orang(maklumlah orang jarang boleh nampak aku and kakak aku).
- aku siap kena soal siasat lagi kat kenduri tu( macam kena attack dengan FBI je. dah rasa macam tahanan ISA je.huhuhu...).

15 nov...
- p kenduri kawin kawan ma merangkap umah arwah cikgu aku(anak dia kawin).
- malu giler coz jumpa dengan almost all of my teacher at secondary school. siap cikgu aku nak tarik aku duk kat diorang- sembang- sembang tanya khabar and cerita.
- malu rrr coz semua cikgu tegur aku coz dah lama tak nampak. look like aku dah lupakan sekolah and diorang semua.nope...aku tak lupa diorang just tak de masa and kenderaan nak p sek. lagi pun sekolah tu dah tak macam dulu lagi.sekarang dah hancus.

16 nov..
- p bandar,jalan - jalan teman ma p klinik.
- p beli raket and shuttle nak isi masa terluang.
- beli puzzle macam bese everytime p bandar.hehehe...

17 nov..
- hari ni p bandar lagi.
- teman ma p ambil cek.
- hari ni aku beli gam je satu...nak mula cantum puzzle.hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

artikel 3

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad

*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.




"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

artikel 2

Anda Sedang Bercouple Ya..?
www.iLuvislam.com
Diforwardkan oleh: afdhal87




Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Adakah perbezaan antara sahabat dan kekasih?

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.

Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana!
Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka " smiley-cry

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

artikel 1

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."




Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CiTe TEnTaNG HaTi...


dah agak lamakan kita tak cite pasal hati. bese r aku busy nak final exam. sekarang dah habis exam tapi tak boleh pulak nak cite banyak coz aku pun dah kena stop blogging buat a while coz cuti and....balik kampung.wah tetiba rasa heaven je.hahaha[jangan jealous bagi orang yang tak balik kampung tu].

ok berbalik pada topik kita. hati aku sem ni macam beku semacam boleh.

ntahlah bagi aku semua orang sama je tapi da sesetengah manusia ni nak kawan pun kena pilih paras rupa jugak. pe masalah?? ntahlah. gaya tu macam mandat besar kalah petala ke lapan je.huh!. susah kalau orang rasa dia hensem and cun sangat ni[masalah jiwa betul tu.patut hantar ke Tampoi]. nak je aku cakap kat budak - budak yang jenis macam ni, tak hadap pun kat diorang tu.buat semak jiwa je kalau kawan dengan orang macam tu.

takpe - takpe cuti ni aku nak renovate hati aku ni. biar jadi lebih baik. tak ambik port dengan perkara - perkara yang kait dengan hati ni macam dulu.hahaha*devil*.


malam kelmarin aku baca artikel. best gak artikel tu.t aku postkan. dari perkara yang diketengahkan dalam tu, aku tak terasa pun sebab aku tak terlibat dengan situasi tu. tapi artikel tu quite menyedarkan aku r.

aku akan cuba sedaya upaya untuk membersihkan hati aku ni.kasi vanish, letak clorox and another detergent bagi baik punya hati ni.

dah cukup - cukup dah buat kacau semester ni sampai chaos aku plus haru biru[cewah..tajuk filem tu.hahaha] hidup aku. takde r haru biru sangat. tapi kalau cakap haru hijau pun ok gak[hahaha*devil*]. nasib baik last - last before final boleh tolerate skit. pendek kata tak lama r situasi tu. tak lama pun macam hawau jugak r hidup aku time tu. flat je memanjang.

terus rasa tak sabar nak balik[hahaha]. tapi harap - harap kata -kata c.dah tak masin. ada ke patut dia doakan agar ada orang masuk risik aku macam masa cuti sem lepas. toyol betul c.dah ni. aku hope so takde r perkara macam tu jadi lagi. memang da niat nak bina masjid tapi belum sampai masa lagi. belajar dulu.

lepas tu bila dah jumpa jodoh, bolehlah bina masjid. buat masa sekarang tak perlu fikir semua tu,buat semak otak je. aku tahu, aku boleh lakukan yang terbaik untuk diri aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekali lagi penat....



waaa...sekali lagi penat bila dah habis angkut semua barang masuk store. macam nak tercabut tangan aku angkat barang - barang yang ada. sekarang just tunggu nak mandi and lepas tu balik melaka. macam takjub je hari ni aku boleh bangun sendiri without alarm. bukan sengaja tak alarmkan tapi semalam tertido depan laptop lepas habis posting blog. penat ssangat. lagi penat dari pergi joging. kalau ikut hati, mau je aku lentok balik ni. dahlah semalam tido lambat.

balas dendam bloging punya pasal.hahaha... balas dendam ke lepas gian coz dah lama tak blogging and plus sekali dengan time cuti nanti. i'm going to miss u like orang gilak r...huhuhu[ boleh je pergi cc nak blogging tapi tak best r coz dahlah jauh nak pergi bandar tu and nanti mesti otak bantut punya nak cari idea nak tulis cite coz tengok suasana yang tak tenang and berserabut]
aaa...tetiba rasa lapar.huhuhu...nak kena cari makanan ni tapi nak cari kat mana kalau semua barang dah simpan semua and kafe pun dah tak bukak.huhuhu...sabar - sabar jap ag bila dah masuk kereta papa nad, perkara pertama nad pesan kat papa dia kena bawak kitorang pergi breakfast.hahaha...[gelak kejam]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bermulanya cuti..


sedeynya...huhuhu. bila bermulanya cuti maka berhentilah pembloggingyan aku buat sementara waktu.kenapa?? sebab kat umah aku takde internet. lepas ni aku nak pujuk abang aku r suh pasang internet kat umah. hari tu abang aku ada usha - usha gak r nak pasang internet tapi tak sure ag. nak internet.huhuhu....pasang internetlah perkara yang pertama yang akan aku lakukan bila masuk umah baru nanti.waaa...tak sabarnya nak masuk umah baru.cepatlah...cepatlah siap wahai umah baru...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cerita semesta 5 seorang bakal guru......


tetiba aku rasa macam best je nak listkan semua aktiviti aku sepanjang sem ni. takde r sedetail detail yang ada tapi yang lepak tahap sentap je.hahaha..

bermula dengan perkara pertama yang aku lakukan semesta ni,uruskan perpindahan dari umah sewa ke kolej swasta. macam nak nangis coz dari duduk umah sewa 3rd floor alih - alih masuk kolej tingkat 5.waaa...sangat seksa[mula - mula jelah.hehehe....]

perkara kedua yang agak havoc yang aku buat sem ni,hampir kena saman dengan pak guard 2 kali[ tapi lepas tu tak insaf - insaf juga].sentap je bawa motor without license. nampak gaya berhemah macam lesen segala kelas ada tapi satu habuk pun takde.hahaha...Insyaallah sem depan aku insaf coz sem depan dah nak ambik lesen motor and kereta dah. nanti mulakan upacara mengepow along and abang minta beli motor or kereta.hahaha*devil*.

perkara yang aku tak boleh nak time and paling takleh nak time time budak - budak perdagangan kenengkan aku dengan sorang budak yang amat aku alergi. ada ke patut setiap kali ada kelas dengan budak, diorang ushakan aku and budak. memang masak r aku kena tapi lepas tu aku dah tak bagi chance kat diorang kenakan aku coz aku pulak keluarkan aura jurgon aku bagi diorang sentap tengok penerimaan aku atas pengushaan diorang[kalau cikgu bm aku baca blog ni mesti sentap and keciwa dengan aku coz dah merosakkan bm.hahaha].

sape sangka aura novel aku telah naik satu level lagi. aku dah jadi macam orang gilak novel je. bayangkan sem ni aku beli 9 buah novel and semuanya keluaran jemari seni. habis melayang duit aku.makan berkira tapi kalau bab beli novel,duit tak cukup pun aku buat cukup.hahaha.xpe janji aku puas hati.ini koleksi novel - novel aku sem ni:


















banyak gak r perkara happening sem ni tapi otak aku dah beku nak fikir. dah puas goncang dah cari isi tapi quite slow. mybe sebab coverage tak ok kot, router letih and need the rest[hahaha..dah kuar ayat komputer dia.mesti en.hakim bangga ada student macam aku even aku masuk kelas pun macam chipsmore,sekejap ada sekejap tak ada].

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari terakhir semesta ini...



waaa...penatnya tapi hepi jugak r coz hari ni terakhir semesta ni. hari hostel dah kosong r. ni pn aku baru je habis packing and after subuh nanti angkut semua masuk dalam store before ikut rumet aku balik melaka. penat tak hilang lagi coz after balik dari s.alam(p umah kinah. kinah jamu dengan mee mat salih.hehehe...best..thanks kinah). balik - balik je bilik terus habiskan packing yang tertangguh semalam coz tgu baju - baju yang nak kena tinggal kat store kering(basuh semua yang ada termasuk comforter sekali guna mesin basuh. banyak beb. tak larat aku nak basuh tangan. syiling guna untuk basuh baju tu,k.mimie yang sponsor. thanks k.mimie.sayang k.mimie and going to miss u this holiday). comey,muffin,mashimaro,kitty and cat dog dah selamat masuk plastik. harap - harap diorang selamat sepanjang cuti ni( also going to miss them like orang gilak).esok kena bangun awal coz papa nad datang ambil pkl10 pagi. kena bangun awal coz nak simpan barang dalam ag. banyak ag keje nak kena buat. tetiba rasa nervous nak p umah nad.cuak semacam je. td pun dalam komuter masa on da way balik dari s.alam ma ada call tanya nape nak p umah nad. ma bukan apa, takut aku menganggu je.hehehe...


~muffin~


~catdog~


~comey[bukan yang pemegang2 tp yg dipegang~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-09/11


The Bottom Line

You may feel like you're in a fog early today, but it will burn off eventually!

In Detail

You might feel like you're walking around in a fog early in the day, but that is just because it's going to take your energy a little bit longer than usual to warm up this morning. Try to put off more important or detail-oriented tasks toward the end of the day if you can. The morning is still a great time for some socializing and building up the personal relationships you have[aku rasa macam lawak je bila sentuh pasal relationship ni.hahaha]. Catch up on the latest news in a coworker or friend's life[ntahlah most cite yang aku dengar pasal kawan- kawan aku dulu macam semuanya chaos je.hahaha]. It's a great way to boost your energy [ bukan menaikkan semangat aku malah makin down ada].

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-3/11





The Bottom Line


Today is a wonderful opportunity for you to become a leader. People need guidance.
[ aku jadi ketua?? cam malas je. cukup2 r jadi pemimpin masa kat sek dulu ]

In Detail

Your high energy level is a mixed blessing today -- it will help you get an awful lot off your plate, but it could trigger some tension between you and the folks who are moving a lot more slowly than you are. Changes are happening within your group, and not everyone is on the same page right now. This is a wonderful opportunity for you to become a leader for others -- they are a little bit lost, and looking for a way to get some clarity. Share your ideas with them. [ agak susah r. mood aku down hari ni so susah r skit nak tolerate dengan orang. kan xpasal - pasal da orang kena fire dengan aku.huhuhu.. tp kalau da orang minta tolong, akan aku cuba tolong dengan hati yang ikhlas dan sebaik mungkin.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku cuba bangkit.....



From Him that I came,to Him that will I be returned.Sepatutnya aku hidup untuk itu. kata - kata inilah yang cuba aku selitkan dalam hati aku agar aku mampu berdiri kembali. mengapa perlu memikirkan perkara yang lepas. kata dia, semua orang ada masalah malah lagi teruk dari kita pun ada. ntah aku pun tak tahu mengapa aku sering kalah dengan sikap dia yang caring itu. walaupun sudah berapa kali aku ingatkan diri untuk tidak berurusan dengan dia lagi. tapi hati ini tetap degil. dengan kata - kata semangat yang ditiupkan dalam diri ini, akan aku cuba bangkit.kata dia lagi, dia yakin aku mampu untuk bankit kembali dan dia doakan yang terbaik untuk aku. aku harus kuat. kuat untuk bangkit. kuat untuk memberikan kegembiraan kepada orang lain. aku akan cuba. tampallah senyuman plastik agar tiada yang menghidu kesedihan dan kepincangan dalam hidupkku ni... walau aku tiada teman untuk mengadu tapi aku tetap mempunyai Dia untuk aku adu dan merintih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trauma oh trauma


ia kembali menghantui...

mengapa harus ianya kembali mengejar diriku. tidak cukupkah segala penderitaan aku sebelum ini hingga ia hampir menghancur masa depanku. tidak cukupkah tangisan dan ketakutan yang aku alami suatu ketika dulu hingga aku mampu bangkit untuk berdiri seperti sekarang.

mungkin ini semua salah aku kerana tidak mendengar nasihat doktor agar tidak terlalu mengingati peristiwa itu dan kalau boleh terus melupakan peristiwa hitam itu agar hidup aku kembali berwarna - warni. bukan hanya berwarna hitam dan putih seperti suatu ketika dulu sewaktu mula - mula aku ditimpa peristiwa hitam itu. sungguh, aku tak pernah meminta perstiwa hitam itu menimpa aku dan kembali menghantui hidupku sekarang.

bagaimanakah harus aku menghalang agar trauma ini tidak kembali?? aku sudah penat untuk berjaga malam setiap malam hanya kerana bermimpi yang boleh menyebabkan aku kembali ke dunia hitam putih aku dulu. setiap malam aku bermandikan peluh melarikan diri dari peristiwa di alam maya sana untuk menyelamatkan diri beserta dengan tangisan yang takkan ada sesiapa pun mendengar. bangkitnya aku di tengah - tengah malam mencari ruang untuk menyelamatkan diri sedangkan semuanya telah berakhir. tidurku kini dikejar ketakutan dan diiringi dengan tangisan. tiada lagi lena dan mimpi - mimpi indah yang dapat aku sulam.

Ya Allah mampukah aku bertahan untuk kali ini. cukup tabahkah hatiku ini untuk terus menghadapi ujianMu ini. Ya Allah, aku tak pernah pinta diriku diuji sebegini rupa. Ya Allah, mampukah aku untuk kembali bangkit seperti sekarang seandainya trauma ini kembali menghantui aku. hanya padaMu aku berserah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kini aku mengerti...


aaggghh mengapa aku terlalu bodoh untuk mengerti semua ini sejak dulu lagi...mengapa aku tak pernah melihat kebelakang akan peristiwa hitam yang pernah menimpa aku tu. tapi bukan aku yang meminta semua itu terjadi. sekarang mengertilah aku mengapa dia tak pernah untuk cuba menyelami ketulusan perasaan aku nan satu ini terhadapnya kerana bagi aku perasaan 1 nan suci ini hanyalah untuk dia. puas aku fikir, di manakah kekurangan yang perlu aku baiki untuk mendapat tempat dihatinya rupa - rupanya aku lupa akan suatu perkara yang takkan aku mampu ubah untuk mendampinginya. sungguh aku tak pernah meminta peristiwa hitam itu menimpa diriku ini. aku memang tidak layak untuk merasa secebis pun rasa kasih sayang yang bergelar lelaki lebih - lebih lagi dia. kalaulah aku bisa mengundurkan waktu, akan aku pastikan peristiwa hitam itu menimpa diriku dan aku takkan sesekali menyimpan perasaan ini terhadap dia.

kini aku sedar bahawa aku dan dia ibarat langit dan bumi. jurangnya amat jauh untuk dicapai. aku umpama insan hodoh yang cuba mengapai bintang didada langit yang indah. sedarlah aku sekarang jangan pernah untuk menyimpan angan - angan yang memang aku takkan mampu untuk penuhi. jangan menyulam mimpi indah sedangkan diri ini tidak layak. sejauhnya manakah aku mampu bangkit kembali,aku pun tak pasti. aku akan cuba bangkit seperti mana aku bangkit dari peristiwa hitam yang menimpa diriku suatu ketika dulu. mungkin aku terlupa akan semua tu sejak kebelakangan ini. mungkin juga aku terleka sebentar akan keadaan aku yang sebenar dalam mengharapkan rasa cinta dan sayang dari dia. namun kini aku pasti, tiada apa yang aku boleh nantikan lagi kerana aku telah mengerti antara aku dan dia takkan pernah mungkin akan pernah bersama.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-20/10



The Bottom Line

Music will bring you a lot of joy, so put one of your favorite CDs in the stereo.
In Detail

Motion and travel is highly favored for you right now, so get moving! Even if you just take a walk around the block, you will find plenty of fascinating sights and sounds to entertain you during your brief journey. Music will also bring you a lot of joy today, so put one of your favorite CDs in the stereo and give it a listen while you are cooking, cleaning, or doing some other type of semi-mindless activity. Music will make it all more enjoyable.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-19/10


The Bottom Line

Your creativity could use some exercise -- get something cooking in the kitchen!
In Detail

Your creativity could use a nice bit of exercise right now, and the kitchen can be the perfect gym for its workout! Whether you're comfortable cooking or not, you will get a great kick out of taking various ingredients and putting them together in interesting, satisfying and delicious ways. While you're at it, why not invite other people over and feed them? Sharing your affection by sharing your food will be a very rewarding experience for you and your people.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

horoskop hari ini-18/10



The Bottom Line

You have been so busy lately that you haven't worked through an issue. Deal today.
In Detail

There's been a nagging worry on your mind lately, and it's not going away anytime soon -- probably because you have been so busy lately that you simply haven't had the time to think about it or process it. So unless you want this thing to be plaguing you relentlessly, you have got to stop things today and give yourself the quiet time you need to get it out of your system. Call up a friend and talk it out with them. They'll help you move on and get your head clear.

aku bukan nak percaya sangat horoskop tapi betullah aku quite busy 2,3 minggu ni. tulah pasai sampai aku pun boleh demam. makan kemana, tido lagilah. dahlah gastrik aku pun makin manja sekarang. choi betul. ni hidung aku pun dah mula berair. batuk pun makin teruk. batuk je berdarah, batuk je berdarah. rimas aku. malas nak layan.huhuhu... aku bimbang final dah dekat lagi bagus.hehehe...

lepas final, aku ngat nak keje tapi tak tahu ag nak keje kat mana. sape - sape yang da keje kosong dan memerlukan pekerja sambilan macam aku ni bolehlah cakap kat aku ( ceh, rasa macam buat announce kat hostel masa muda - muda dulu je.hahaha...muda - muda???sekarang dah tua ke??hehehe..tak de r tua sangat pun.umur pun masih baru.hehehe)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS