Container Icon

Terasa...



manusia tidak akan pernah bersyukur akan nikmat yang Allah berikan..
sesungguhnya sahabat juga merupakan salah satu nikmat yang Allah berikan.
sudah banyak kali aku terasa hati dengan sahabatku tetapi aku tetap bertahan.
kerana aku tahu, ia adalah ujian dari Allah sebagai tanda Allah sayang pada aku.

tapi kali ini aku tetap terasa hati bukan kerana aku tidak bersyukur tetapi kerana aku adalah manusia biasa.
yang hatinya tetap akan terguris apabila dilukai.
kali ini aku mahu mengambil sikap seperti biasa;mendiamkan diri kerana itu adalah yang terbaik.
kalau hati yang sakit berbicara,buruk padahnya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Hati Meluahkan Rasa...






Hari ini soal jodohku dipersoalkan sekali lagi.
Tipu sekiranya aku mengatakan aku tidak tertekan dengan pertanyaan semua orang.
Namun apa yang mampu aku lakukan??
Kerana semua jawapan tiada di tanganku.

Perempuan mana tidak bimbang sekiranya bilangan usia semakin bertambah,namun pasangan hidup masih pun muncul tiba.
Aku hanya mampu tersenyum apabila ada manusia yang mengajukan persoalan itu.
Mungkin mereka semua tidak mengetahui bahawa aku telah pun mengadaikan soal jodohku kepada Yang Esa sebagai galang ganti untuk kesihatan ibu.
Bagi aku, ibuku lebih dari jodohku sendiri.

Allah amat menyayangiku.
Itu PASTI.
Tatkala aku berhajat untuk mempunyai saudara yang menetap di pusat bandar,
Allah telah memakbulkannya dengan memberikan pekerjaan kepada kakakku di sana.
Tatkala aku memanjatkan doa, agar memberikan kekuatan dan kesihatan yang baek kepada ke dua ibu bapaku serta keluargaku, Allah memakbulkannya.
Tamakkah aku sekiranya membuat 1 lagi permintaan kepadaNya??
1 pintaku, sekiranya sudah tiada jodoh buatku, hapuskanlah rasa untuk berpasangan di hatiku ini.
Ya Allah, cukupkan rasa hatiku ini dengan kasih sayangMu dan juga ibu bapaku.
Ya Allah, lahirkan rasa pasrah dan tabah di dalam hatiku ini demi mengelakkan aku terus tenggelam dengan rasa kecewa ini...Aamiin...


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS