Container Icon

PASU YANG RETAK




salam alaik..hari ni nak kongsi satu cerita yang best la jugak kot..huhu..tentang pasu yg retak..check it out ya!

Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalan yang jauh ke rumahnya, pasu yang retak tersebut dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air dari sepatutnya.


Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak sersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

"Aku rasa sangat malu dengan diriku, keranadiriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu?"

Wanita itu tersenyum. "Sedarkah kau akan bunga-bunga di bahagian laluan kau, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kau telah menyiram benih-benih bunga itu".

"Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik untuk menghiasi mejaku. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegitu dirumahku".

Setiap kita mempunyai kekurangan tersendiri. tetapi keretakan dan kekurangan itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita menarik dan bermanfaat. Kita perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam dirinya...

"siramilah hati anda dengan air cinta dan kasih sayang sebanyak tujuh kali dan siraman yang kelapan anda campur dengan debu memaafkan orang yang telah menganiaya dan mencaci anda, agar anda dapat hidup tenang dan bahagia~aidh abdullah al-qarni~"

salam ramadhan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: