Dah lama aku tidak meluangkan masa untuk berceloteh di sini.
Sesungguhnya sejak aku bergelar guru praktikal ni,
masa senggang aku dah kurang dah.
Banyak masa dihabiskan di sekolah.
Aku bukan bersungut cuma meluahkan rasa.
Memang benar menjadi seorang guru adalah satu pekerjaan mulia,
namun ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Kalau tak ada kesabaran yang tinggi,
dah lama aku cabut lari.
Demi segulung ijazah, aku terus bertahan.
Aku dan rakan-rakan praktikalku sedaya upaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kitaorang dengan tekun dan tabah.
Namun begitu, ada golongan yang tidak berpuas hati apabila kami mendapat pujian daripada pihak pentadbiran.
Jika difikirkan logiknya, kitaorang selayaknya mendapat pujian itu walaupun tidak pernah meminta ia diberikan.
Tapi sekiranya pujian itu menyebabkan kami mendapat cacian daripada pihak lain, apa perlunye pujian itu???
0 comments:
Post a Comment