Container Icon

Kenali Seseorang..


kita tidak akan dapat kenal seseorang dengan hanya berkawan dengan dia sehari or sebulan dua.
tempoh setahun belum tentu lagi dapat membantu kita dalam membaca seseorang seperti kita membaca buku, sudah tahu isi dalam luarnye...
aku cuba untuk memahami sikap housemate2ku namun takkanlah aku sentiasa perlu mengorban rasa hati aku dalam menjaga hati dan perasaan mereka.
teman,
aku juga sepertimu yang mempunyai hati dan perasaan.
tolonglah mengerti isi hatiku ini jua...

susah dan cukup sukar untuk terus bertahan sekiranya ujian terus menerus menemui diriku.
teruk sangatkah sikap aku apabila aku tidak mengikut mood orang yang senantiasa ingin menangkan anginnya sahaja?
jahat sangat ke aku ni?

Ya Allah, aku tahu bahawa Engkau tidak akan menguji aku sekiranya aku tidak mampu untuk menghadapinya
Ya Allah, tanpa pertolongan dariMu tidak mungkin aku akan dapat mengharungi segala cabaran dugaan dan ujian yang telah Engkau timpakan ke atasku.
aku bermohon padaMu Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku kesabaran,ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi segala ujian dan cabaran dalam hidupku ini seperti mana sabar dan tenangnya Rasulallah s.a.w ketika menghadapi segala cabaran dan dugaan menyebarkan Islam.Ameen.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: