Container Icon

Bersawang....

Salam..
Ya Allah,sudah bersawang amat rupanya blog aku ni...
ini entri aku yang pertama untuk tahun 2012.
kesibukan sebagai wanita berkerjaya telah membantutkan kelapanganku untuk berceloteh.

terlalu banyak pengalaman yang berharga yang aku telah terokai sepanjang tempoh 4 bulan ini.
pengalaman yang terbaru,kisah kasih yang kecundang di tengah jalan.
coretan kasih yang terlebih dahulu melabuhkan tirainya sebelum ia sempat melihat kilauan sinaran mentari di ufuk timur.
di mana silapnya??
mungkin si dia bukan jodohku...
itulah jawapan yang paling tepat yang aku rasakan.

bak kata ma aku,"mungkin ada insan yang lebih baik sedang menanti"
percayalah ibuku, anakmu ini seorang yang tabah.
kekecewaan tidak bermakna aku tidak mampu untuk terus penongkahan arus kehidupan ini.
kerana aku percaya, Allah pastinya telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya yang hina lagi dina ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: