Kian jauh....kian hilang...
Kasih antara kita...
Nampak tenang pada zahirnya tapi batin terseksa...
Yang terguris tak nampak di mata,yang terhiris terluka....
Apabila tiada insan lain bermain,
Kau datang mendapatkan aku..
Itulah aku padamu...
Lagu2 ini terngiang2 di dalam kepalaku bila memikirkn tingkah kau....Telah aku cuba untuk berlapang dada atas apa yang sedang terjadi kini....tapi benarlah kata hatiku,dia sudah tidak kuat untuk bertahan...aku terus menafikan rasa yang semakin bercambah di hati ini,dari sehari ke sehari...nampaknya aku gagal...siapakah aku pada engkau sebenarnya? Bila engkau memerlukan aku,engkau mencari diriku tetapi apabila aku tidak engkau perlukan,engkau membiarkan diriku tanpa sebarang berita...begitu mudah kehidupankan...silap aku,engkau nampak dan mengukirnya di segenap sanubarimu,namun,silapmu aku telan dan hembuskannya keluar seiring aku melepaskan karbon dioksida...siapakah aku di mata engkau sebenarnya? Adakah aku ini umpama kain buruk buat dirimu....tiada kepentingan dan berguna apabila ada kotoran yang hendak dibersihkan?begitu hina diri ini di matamu...andai dapat aku keluarkan hati ini untuk dicuci dan dibersihkan,akan aku lakukan supaya aku tidak mengenal erti sakit terluka...agar aku dapat melupakan kesedihan yang telah engkau ukirkan...bernilaikah panggilan ibu yang engkau ungkapkan?mungkin kerana aku bukanlah ibumu dalam erti kata sebenar,kerana itulah engkau memperlakukan aku seperti tiada nilai dan kepentingan dalam hidupmu...
Duhai hati,bertahanlah...berpijaklah di dunia yang nyata...sesungguhnya manusia ini tidak pernah sempurna...duhai hati,usahlah engkau tangisi keadaan kita sekarang. ..duhai hati,usahlah meratapi keterlukaan dan kekecewaan yang engkau alami...kerana tiada mungkin yang akan peduli...bersabar wahai hatiku...tenanglah engkau di sana...aku mungkin mampu memberikan senyuman palsu,tetapi tidak ku mungkin menafikan rasa sebenar di hati...akulah insan yang mati dalam hidup.
0 comments:
Post a Comment