Teman,
Dulu kita sering bersama,
Segala yang kita lakukan pasti bersama,
Segala suka duka kita kongsi bersama,
Segala ujian dan rintangan kita tempohi bersama.
Teman,
Segalanya berubah setelah engkau kenali si dia,
Tiada lagi istilah bersama bagimu untuk kita berdua,
Sungguh aku kehilangan tempat untuk meluahkan rasa,
Aku kehilangan senyum dan tawamu untuk meraikan kegembiraanku,
Aku kaku dan kelu bersendirian tanpa bahu untuk menumpang kesedihanku.
Teman,
Jika dulu engkau berjanji akan tetap mementingkan diriku walaupun dihatimu ada si dia,
Namun kini semuanya tiada ertinya lagi kerana ia hanyalah kata – kata yang tiada maknanya,
Pada engkau si dia adalah segalanya,
Tiada lagi diriku di dalam kamus hidupmu.
Teman,
Walau bagaimana pun keadaan persahabatan kita,
Sejauh mana pun jarak kita,
Renggang mana pun hubungan kita,
Retak mana pun persahabatan kita,
Hanya satu ku pinta,
Jangan pernah engkau lupakan kenangan kita bersama,
Kerna hanya itu yang ku ada untuk terus mengingati bahawa kita adalah sahabat dulu, kini dan selamanya.
Teman..
7:41 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment