Container Icon

Pengorbanan seorang ibu


“Tahniah puan. Puan disahkan mengandung”
“Ya ke doktor? Alhamdullilah…syukur Ya Allah di atas rahmat dan rezeki yang telah engkau berikan ini”
Begitulah perasaan seorang bakal ibu tatkala dirinya disahkan mengandung. Betapa gembiranya dengan kehadiran insan baru yang akan membesar di dalam perutnya.
Pada saat berlakunya persenyawaan di antara sperma dan ovum sehinggalah 9 bulan 10 hari kita berada bersama ibu kita…

Berkongsi segala-galanya..makanan,minuman,udara,darah,rasa tetapi yang menanggung lebih daripada segala kesusahan adalah seorang ibu kerana perlu membawa perut yang menyimpan insan yang bakal menyerikan kehidupannya kelak. Namun itu semua bukanlah satu masalah kerana cintanya kepada anak yang dikandungnya melebihi segala-galanya kecuali Penciptanya kerana daripada Penciptanyalah dia memperolehi nikmat sekarang.

Ketika insan lain berseronok bergembira, si ibu bertarung nyawa demi melahirkan insan baru dalam hidupnya. Berhempas pulas memastikan si kecil keluar melihat bumi ciptaan Allah Yang Esa. Waaaa….tangisan itu telah memberikan jawapan kepada penantian si ibu…”Oh, anakku dah selamat…syukur Ya Allah…semoga dia menjadi hambaMu yang soleh/solehah”. Tangisan si kecil itu telah menerbangkan segala kepenatan dan kesakitan yang telah dialami sebentar tadi.

Si kecil dididik, dibelai, dimanja dan diberikan ajaran secukupnya untuk menghadapi perjalanan kehidupan kelak. Mencukupkan apa yang tidak cukup, menyediakan apa dikehendaki seiring dengan batas-batas yang perlu dipatuhi. Tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tidak pernah abaikan. Berusaha dengan segala cara yang ada demi kasih pada anak tercinta.

Kadang-kadang terpaksa menghadapi si suami yang cemburukan lebihan kasih sayang dan layanan yang diberikan kepada anak tatkala anak-anak pulang jauh dari perantauan. Tetapi si ibu cekal menghadapi segala cabaran dan dugaan yang datang kerana si ibu tahu anak-anak adalah segala-galanya untuk dirinya.

Untuk itu, wajarlah dalam Al-Quran ada menyebut tentang seorang ibu lebih tinggi darjatnya daripada seorang bapa[ surah Luqman 31:14]. Ketahuilah wahai anak-anak sekali, murka si ibu adalah murka Tuhanmu. Redha Allah adalah dari redha seorang ibu. Begitulah tinggi darjat seorang insan yang bergelar ibu.
Lantas, di manakah rasionalnya seorang anak bermasam muka, merajuk dan menafikan kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu? Wajarkah seorang anak terus menerus membisukan diri sebagai tanda protes dengan nasihat yang dihulurkan oleh seorang ibu yang memikirkan hanyalah kebaikan semata-mata untuk anaknya?

Di saat si ibu masih lagi bernafas di muka bumi Tuhan ini, dapatlah kita memohon keampunan daripadanya tetapi cuba bayangkan di suatu saat Allah telah mencabut nyawanya tanpa sempat si anak memohon kemaafan. Malang tidak berbau, ajal tidak akan pernah telat walaupun sesaat untuk berkunjung tiba sekiranya ia telah ditetapkan saat itu. Tiada bau syurga untukmu apatah lagi memasuki syurga. Ketahuilah wahai insan yang bergelar anak setitik air mata ibu jatuh kerana silapmu, maka terhapuslah keberkatan, ketenangan dan kegembiraan dalam kehidupanmu.

Pohonlah keampunan kepada si ibu wahai anak. Silap siapa jua, ditolak ke tepi kerana sebagai anak, tidak layak kita untuk berkecil hati, merajuk dan memprotes kerana si ibu terlebih dahulu makan hati ketika membesarkan kita.

Tiada ibu yang mahu anak-anaknya melalui kemusnahan dalam hidup. Pasti ada terselit kesilapan yang si anak tidak sedari. Sebelum melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati tua insan yang bergelar ibu, fikir-fikirkanlah segala penat jerih dan segala pengorbanan yang telah dilalui olehnya sepanjang kita muncul ke dalam hidupnya.

I REALLYYYYYYYYYYYYY LOVE MY MUM....
MISS U VERY MUCH




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: