Apabila seseorang menghadapi masalah,
Bibir ini terlalu petah menuturkan kata bicara.
Memberikan nasihat sebagai penyelesaian segala kekusutan yang dihadapi.
Segala isu dikupas bagi mencari simpulan yang tersembunyi.
Otak digoncang kiri dan kanan menyelongkar lorong keluar.
Arghhh....begitu mudah menutur kata berbanding melaksanakan..
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.
Sekiranya masalah yang sama menimpa kepada si penasihat,
Mampukah segala penyelesaian diaplikasikan.
Mampukah simpulan itu dapat dileraikan?
Berjayakah lorong keluar ditemui?
Namun begitu,
Adakah apabila diri sendiri merasakan tidak mampu untuk melaksanakan segala penyelesaian serta nasihat yang telah diberikan kepada orang lain,
Bermakna kita tidak layak untuk menyuarakannya???
Kata orang;
Jika kita tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi berdasarkan nasihat dari diri sendiri,
sekurang-kurangnya ia dapat membantu orang lain.
Jika kita membantu orang lain,Allah akan meberikan balasan dengan menolong kita semula
0 comments:
Post a Comment