Container Icon

luahan rindu seorang kakak...

nana,
akak dah terlalu banyak kali kehilangan nana,
sejak yang pertama sewaktu disekolah dl,
akak berjaya capai nana semula kerana akak tahu masa tu akak masih dihati nana,
tapi sekarang semuanya tak sama lagi,
kali ini nana pergi lebih jauh dan teramat jauh dari akak sehingga akak sukar untuk kembali mengenggam tanganmu kembali.

nana,
pernahkah nana sedar yang kita tidak pernah ada kenangan nyata bersama,
akak manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan,
tahukah nana yang setiap masa rindu untukmu bertandang dihati ini.

nana,
sedarkah nana yang kita sudah jauh berbeza,
sedarkah nana yang kita sudah tidak seperti dulu lagi,
hidup kita jauh berbeza.

nana,
akak rindu nana yang dulu,
yang tak pernah leka dalam memberi perhatian pada diri ini,
bukan akak meminta keseluruhan perhatianmu,
hanya secebis agar diri ini tahu dan merasai bahawa diri ini masih diingati dan disayangi.

nana,
sedarkan nana yang kita terlalu jauh sekarang,
dalam satu jarak yang tak dapat diukur dengan mana- mana unit ukuran sekali pun,
mungkin dihati nana sudah tidak wujud diri ini,
tapi ketahuilah nana,
bahawa dari dulu,kini dan selama,insyaallah jika diizikan Allah, nana tetap dihati akak,
nana tetap akak sayangi melebihi adik sendiri,
nana,
mungkin nana rasa akak ni satu halangan pada nana untuk meneruskan kehidupan yang ceria,
lafazkanlah satu ungkapan, satu ayat untuk menoktahkan hubungan kita yang kian pudar ini agar akak mengerti dan faham akan keinginanmu,
agar akak tahu,diri ini sudah tidak diperlukan,
agar akak tahu,diri ini tiada lagi tempat dihatimu,
agar akak tahu bahawa diri ini sudah tiada nilai buat dirimu,
agar akak tahu dan sedar diri,
agar akak mampu membaiki kepincangan perjalanan kehidupan akak ini kerana terlalu merinduimu.
nana,
mungkin akak perlu menerima semua kata- kata teman akak yang akak telah kehilangan nana buat selama-lamanya,
mungkin akak perlu menerima cadangan teman-teman akak supaya melepaskanmu pergi,
tapi bagi akak itu jalan yang tak mungkin akak ambil jika tiada permintaan darimu.
nana,
akak redha dan pasrah dengan segala yang berlaku,
akak ikhlas dan tabah dalam mendengar segala keputusan darimu,
mungkin nana ada jalan terbaik untuk masalah ini,
nana,
andaikata diri ini diminta pergi,
akak terima walaupun dengan berat hati jika itu yang terbaik untuk dirimu,
hanya untuk dirimu adikku sayang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: