Container Icon

penghinaan yang cukup memeritkan...


kata orang penghinaan itu ibarat satu cabaran. yup!!! itulah prinsip yang aku terus pegang agar aku tidak terus melatah dengan segala penghinaan yang aku terima. namun mampukah aku terus bertahan apabila ahli keluargaku sendiri yang menghina diriku?? aku sedar bahawa diri ini tidak secantik dan sepandai dia yang cantik dan telah siap sedia mempunyai ijazah kejuruteraan sedangkan aku hanyalah becoming teacher. tak perlulah untuk dia terus mengingatkan diriku bahawa aku pernah gagal suatu ketika dulu walaupun aku tak pernah minta untuk aku gagal untuk subjek itu. aku sedar kegagalan itu adalah merupakan kesilapanku yang amat terang lagi bersuluh dan aku telah berjanji yang aku takkan sesekali mengulangi kesilapan itu.


sungguh perit hati aku menelan kata - kata yang telah dia hemburkan kepadaku yang jelas menunjukkan kebodohan aku yang tidak akan mampu mengatasi kepandaian dia. tidak pernah aku rasa terluka seperti yang aku rasai sekarang. cukup dalam dan parah luka ini. jika sebelum ini sepanjang kehidupan aku bergelar pelajar sekolah tidak pernah even sehari untuk hidup aku diberikan kelepasan daripada dikutuk dan dihina, aku tidak pernah kisah dan ambil port dengan semua itu even kadang - kadang semuanya agak melampau dan mampu menerbangkan segala kesabaran yang telah aku tanamkan dalam diri ini[ aku tak tahulah sekiranya kerja khianat yang diorang buat sehingga aku hampir lingkup ketika PMR masih dikategorikan sebagai perkara yang biasa coz bagi aku perkara itu cukup 'luar biasa'], namun ia takkan mampu menandingi luka yang aku perolehi ketika ini walaupun luka yang terjadi ini hanyalah berlaku dalam beberapa minit dan dengan hanya beberapa perkataan namun ia mampu menghancur dan meluluhkan kesemua ketabahan sekeping hati ini. ia mampu membunuh kesemua kegembiraan dan kebahagiaan yang telah aku perolehi sepanjang cuti ini bermula. ketenangan yang aku cari, kelukaan yang aku perolehi. sungguh aku terluka. apa yang mampu aku katakan untuk terus menguatkan semangat dan bertabah sebelum aku kembali ke alam aku sendiri, ke alam menyibukkan diri sendiri = permulaan semester baru ialah ini semua adalah ujian kecil dariNya sebagai ingatan kepadaku yang hampir lupa untuk terus bersamaNya ketika aku gembira. ternyata aku masih disayangiNya. syukur Ya Allah kerana Engkau tidak melupakan dan masih menyayangi hambaMu ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: