Container Icon

rumput dan kasih sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di
depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila
pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput
yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah
kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus
dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan
kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah
yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah
serugi-rugi manusia...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: