Container Icon

kini aku mengerti...


aaggghh mengapa aku terlalu bodoh untuk mengerti semua ini sejak dulu lagi...mengapa aku tak pernah melihat kebelakang akan peristiwa hitam yang pernah menimpa aku tu. tapi bukan aku yang meminta semua itu terjadi. sekarang mengertilah aku mengapa dia tak pernah untuk cuba menyelami ketulusan perasaan aku nan satu ini terhadapnya kerana bagi aku perasaan 1 nan suci ini hanyalah untuk dia. puas aku fikir, di manakah kekurangan yang perlu aku baiki untuk mendapat tempat dihatinya rupa - rupanya aku lupa akan suatu perkara yang takkan aku mampu ubah untuk mendampinginya. sungguh aku tak pernah meminta peristiwa hitam itu menimpa diriku ini. aku memang tidak layak untuk merasa secebis pun rasa kasih sayang yang bergelar lelaki lebih - lebih lagi dia. kalaulah aku bisa mengundurkan waktu, akan aku pastikan peristiwa hitam itu menimpa diriku dan aku takkan sesekali menyimpan perasaan ini terhadap dia.

kini aku sedar bahawa aku dan dia ibarat langit dan bumi. jurangnya amat jauh untuk dicapai. aku umpama insan hodoh yang cuba mengapai bintang didada langit yang indah. sedarlah aku sekarang jangan pernah untuk menyimpan angan - angan yang memang aku takkan mampu untuk penuhi. jangan menyulam mimpi indah sedangkan diri ini tidak layak. sejauhnya manakah aku mampu bangkit kembali,aku pun tak pasti. aku akan cuba bangkit seperti mana aku bangkit dari peristiwa hitam yang menimpa diriku suatu ketika dulu. mungkin aku terlupa akan semua tu sejak kebelakangan ini. mungkin juga aku terleka sebentar akan keadaan aku yang sebenar dalam mengharapkan rasa cinta dan sayang dari dia. namun kini aku pasti, tiada apa yang aku boleh nantikan lagi kerana aku telah mengerti antara aku dan dia takkan pernah mungkin akan pernah bersama.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: